Ahli NGO mengagihkan barangan keperluan asas kepada mangsa banjir.


TUJUH Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Batu Pahat, Johor, bergabung tenaga dalam misi bantuan kemanusiaan bagi membantu mangsa banjir di Sungai Lui, Hulu Langat dan Shah Alam, Selangor pada 21 Disember 2021 lalu.

Antara NGO terbabit ialah Kelab Songkok Hitam, Kelab Kancil, Pertubuhan Warisan Selempang Merah Malaysia, Johor I Care, Grup Mama Hebat, Skuad Sabil Pemuda UMNO Batu Pahat dan Fizar Enterprise.

Misi yang membawa pelbagai barangan asas keperluan harian itu mendapat tajaan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Zaidi Japar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN (JPKD) Penggaram; Pengerusi MyBatu Pahat, Rashid Shaari; serta kumpulan Rakan Facebook yang menyumbang dana.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan JPKD Penggaram

Anuar (kiri) membantu ahli NGO mengagihkan barangan keperluan asas kepada mangsa banjir.


Penyelaras program misi berkenaan, Anuar Ahmad, berkata sebaik sahaja mendapat perkhabaran keadaan mangsa banjir di dua tempat berkenaan dia berhubung dan berbincang dengan NGO terbabit untuk mengatur satu Misi Bantuan Kemanusiaan ke kawasan itu.

Menurutnya, dalam perbincangan yang singkat itu kami bersepakat untuk turun padang bagi mengumpul dana setakat termampu termasuk dengan menguar-uarkan kepada semua rakan Facebook yang tidak disangka dengan mudah menghulurkan sumbangan kewangan.

“Dengan dana terkumpul ini saya dengan dibantu rakan NGO mendapatkan barangan keperluaan asas harian antaranya air mineral, tuala wanita, pakaian baharu seperti telekung, kain batik, pelikat, selimut, ubat-ubatan, pampers dan makanan.

“Sebelum tengah hari kami yang menyertai misi ini mengagihkan barangan kepada penduduk terjejas di beberapa kawasan di Sungai Lui sebelum bergerak pula ke Shah Alam bagi tujuan yang sama,” katanya.


Tujuh NGO bergabung tenaga dalam Misi Bantuan Kemanusiaan menyantuni mangsa banjir di Selangor.


Anuar yang turut dikenali dengan gelaran Cikgu Bob, berkata beliau dan rakan-rakan NGO berasa terkejut melihat kerosakan harta benda khusus rumah yang dialami penduduk di kawasan terbabit selepas ditimpa bencana banjir luar jangkaan itu.

Menurutnya, beliau akan menguar-uarkan perkara itu kepada semua pihak yang membantu bagi menjayakan misi berkenaan terutama penyumbang dana serta pelbagai barangan apabila kami dapat menyempurnakan amanah bagi membantu mangsa banjir.

“Kepedulian dan keprihatinan mereka membantu bagi memastikan misi ini berjaya dilaksanakan kami semua NGO terbabit amat berterima kasih dan sedang merancang untuk mengadakan misi ke dua sebelum hujung tahun ini,” katanya.


Ahli KRT Fasa 1C Alam Megah, Seksyen 28, Shah Alam mengagihkan bungkusan makanan yang siap dimasak.


Sementara itu, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Fasa 1C Alam Megah, Seksyen 28, Shah Alam, Selangor turut mengagihkan barangan makanan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) USJ 23, PPS  Surau Seri Mutiara Putra Height, PPS Surau Al Mizan Seksyen 28, PPS SMK Alam Megah 2, Seksyen 28 dan wakil penduduk Kampung Tengah Puchong pada 20 Disember 2021 lalu. 

Setiausaha KRT berkenaan, Muhd Fakhri Alias, berkata agihan makanan yang siap dimasak itu amat bertepatan bagi mengurangkan tekananan yang dihadapi mangsa banjir apabila banyak peralatan  serta perkakasan rumah rosak digenangi air dan dibebani pula dengan pelbagai masalah lain.

“Kita amat berasa simpati dengan nasib yang menimpa mangsa banjir dan berharap mereka sentiasa tabah menghadapi situasi ini dan banyak pihak khususnya NGO sedia membantu terutama dalam kerja pembersihan  rumah,” katanya. - KitaReporters


Ahli KRT Fasa 1C Alam Megah, Seksyen 28, Shah Alam bangga dapat membantu mangsa banjir di Shah Alam.

20
18
0
15
0

Copy Link: