Ahli Jawatankuasa PADM ziarah seorang warga emas sambil menyampaikan sumbangan barangan keperluan.


PERSATUAN Anti Dadah AIDS Malaysia (PADM) Negeri Terengganu bukan sahaja aktif mengadakan program dalam usaha memerangi aktiviti penyalahgunaan dadah dalam kalangan kelompok remaja dan komuniti setempat, sebaliknya persatuan tersebut turut menyantuni masyarakat yang ketika ini terkesan dengan pandemik COVID-19.

Program Jelajah PADM untuk mendekati masyarakat setempat dalam menyalurkan bantuan keperluan asas (barangan makanan) kepada golongan yang memerlukan bantuan bagi meringankan beban kepada mereka yang terkesan antara aktiviti terbaharu persatuan itu.

PADM yang berpusat di daerah Dungun, Terengganu, tidak terlepas pandang untuk sama-sama membantu kerajaan bukan sahaja dalam kalangan penagih dadah sebaliknya turut berkongsi masalah dalam apa juga isu masyarakat.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan antidadah


Ahli Jawatankuasa PADM bersiap sedia  untuk mengagihkan barangan dapur kepada komuniti setempat.


Mohd Amran Che Mood


Yang Dipertuanya, Mohd Amran Che Mood berkata, program jelajah tersebut yang turut disertai 10 ahli Jawatankuasa bertujuan membantu golongan yang terkesan dengan masalah kehidupan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga beralih kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Katanya, menerusi program itu pihaknya berjaya menjelajah membabitkan 21 keluarga yang terkesan di sekitar daerah Dungun untuk diagihkan bekalan barangan keperluan kepada penduduk terpilih.

“Program tersebut turut mendapat sokongan PADM Pusat, Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun serta Jawatankuasa Surau Al-Ansar, Jalan Melati, Dungun,” katanya.


Seorang penduduk di Dungun menerima sumbangan daripada Ahli Jawatankuasa PADM


Amran berkata, mengikut perancangan, PADM mahu mengadakan lebih banyak program kemasyarakatan tetapi terbantut sejak tahun 2020 berikutan penularan pandemik COVID-19 seluruh negara.

Ketika ini, katanya, pihak persatuan terus gigih untuk memantapkankan lagi organisasi PADM dengan mengajak lebih ramai penduduk menyertai persatuan itu dalam usaha membantu kerajaan memerangi aktiviti penyalahgunaan najis dadah.

PADM Cawangan Terengganu ditubuhkan pada 1 April 2012 kini mempunyai lebih 100 ahli di seluruh daerah negeri tersebut.

Katanya, fokus utama penubuhan persatuan itu antara lain ialah untuk membantu mangsa dadah dan AIDS di seluruh negara bagi menjalani kehidupan yang normal.

Beliau berkata, ia juga membantu ahli keluarga mangsa dadah dan penyakit AIDS dalam usaha pemulihan dan rawatan.


Mohd Amran menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada seorang penduduk di Dungun.


Mohd Amran berkata, banyak manfaat jika sesorang menjadi ahli persatuan itu kerana selain berbakti kepada masyarakat dan membantu penagih dadah serta mangsa AIDS, ia juga dapat menyertai aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh persatuan.

PADM kini membuka peluang kepada individu berumur 18 tahun ke atas yang berminat untuk menjadi ahli persatuan itu dengan dikenakan yuran tahunan RM12

“Mereka yang menjadi ahli mendapat perlindungan insurans berkelompok selain perbelanjaan perubatan ketika berada dalam wad serta khairat kematian,” katanya.

Individu yang berminat untuk menjadi ahli boleh mendapatkan borang keahlian dengan menghubungi Mohd Amran menerusi talian 013-9107637. - KitaReporters


Mohd Amran menerima borang permohonan keahlian PADM daripada Pengarah PSMZA Dungun Mohd Fikri Ismail

5
1
0
0
1

Copy Link: