Tayang minum kopi jenama terkenal? Fatiya dituduh sengaja cipta kontroversi! Attention seeker ke?

Published by
KitaReporters


Siapa tidak kenal dengan pelakon yang sering dilanda kontroversi, Fatiya Latiff atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff. Walau dilihat kurang aktif berlakon, Fatiya tetap mendapat perhatian. Apa sahaja yang dilakukan, ada sahaja yang tidak kena pada mata netizen.

Fatiya juga sering didakwa suka mencipta kontroversi agar sentiasa diingati. Sama ada benar atau tidak, hanya empunya badan sahaja yang tahu. Sebagai figura dikenali, Fatiya bertanggungjawab atas apa yang dikongsi dalam media.


Fatiya kemudiannya dilihat telah memadam komen-komen netizen.


Perkongsian terbaharunya dalam Instagram (25 Oktober 2023) membuatkan netizen tidak senang duduk. Fatiya dilihat berkongsi satu gambar dia sedang minum kopi sambil membuka sebuah pintu kaca.

Walaupun jenama kopi yang diminumnya itu tidak jelas, rata-rata netizen mendakwa kopi tersebut adalah jenama Starbuck. 

Sedia maklum, Starbuck adalah jenama dari Amerika Syarikat. Malah, pada 24 Oktober 2023 lalu, mereka telah mengeluarkan notis tanda sokongan terhadap Israel.



Justeru, tindakan Fatiya berkongsi gambar sambil minum kopi jenama berkenaan mengundang rasa tidak puas hati netizen. Ada antara mereka mendakwa pelakon tersebut sengaja mencari publisiti murahan dan mengundang kecaman.

“Agak-agaklah sis oii! Orang lain tengah marah, saje je post. Attention seeker ke macam mana,” soal salah seorang pengikutnya dalam ruangan komen.



Manakala seorang lagi menyeru agar memboikot jenama kopi terkenal itu. “Tolong boikot Starbucks. Paling tidak ini yang boleh kita lakukan,” tulisnya.




Kalau dilihat perkongsian Fatiya Latiff dalam Instagramnya pada 8 Oktober 2023 lalu, jelas dia menyokong kemerdekaan dan pembebasan Palestin daripada cengkaman Zionis.

Jadi, mungkin perkongsian Fatiya ini tidak bermaksud mencipta kontroversi. Namun, kalau boleh elakkanlah perkongsian yang mengundang fitnah dan kecaman. 

Alah bisa tegal biasa. Mungkin Fatiya sudah kalis dengan kecaman. - KitaReporters



13
18
0
17
0

Copy Link: