Alhamdulillah!! Umat Islam di Terengganu bersyukur kerana diberi kebenaran menunaikan solat Jumaat dan fardu berjemaah sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang turut dilaksanakan di negeri itu bermula 22 Januari 2021. : KitaReporters


Solat Jumaat dan berjemaah di masjid dan surau seluruh Terengganu dibenarkan dalam tempoh PKP. - Gambar hiasan


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan solat:

https://kitareporters.com/search?search=solat


Keadaan ini berbeza ketika PKP pertama pada 18 Mac 2020 bila mana aktiviti solat Jumaat serta berjemaah di masjid dan surau tidak dibenarkan. 

Ini kerana Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan membenarkan solat Jumaat dan solat fardu berjemaah diadakan di semua masjid serta surau sepanjang tempoh PKP bermula Jumaat, 22 Januari 2021 ini.

Bagaimanapun, kebenaran pelaksanaan solat Jumaat di masjid dibenar didirikan dengan bilangan jemaah seramai 40 orang sahaja.


Masjid Kayu Ulul Albab Seberang Jertih, Besut, Terengganu. - Gambar hiasan


Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Osman Muda berkata, kebenaran itu membabitkan dalam kalangan  anak mukim dan tidak termasuk imam, bilal, ahli jawatankuasa masjid dan mana-mana orang yang diberi kebenaran oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan.


OSMAN MUDA


"Aktiviti solat fardu secara berjemaah di masjid dan surau pula dibenarkan kepada imam, bilal dan Ahli Jawatankuasa Masjid sahaja dengan bilangan tidak melebihi 12 orang,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu 20 Januari 2021.


Kenyataan Media


Osman berkata, sebarang aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan lain termasuk kuliah maghrib, kuliah subuh dan kuliah dhuha adalah tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP.



Beliau berkata, Jawatankuasa masjid dan surau diarahkan mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa dan arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dari semasa ke semasa supaya perlaksanaan solat Jumaat dan solat fardu berjemaah dapat berjalan dengan baik.



“Jawatankuasa masjid atau surau yang gagal mematuhi SOP berkaitan dan arahan yang ditetapkan, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu boleh mengambil tindakan dengan menutup masjid atau surau berkenaan,” katanya.



Osman berkata, semua Pegawai Agama Daerah diarahkan untuk membuat pemantauan secara serius bagi memastikan semua masjid dan surau mematuhi SOP dan syarat-syarat yang ditetapkan.

“Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa tertakluk kepada orahan pihak berkuasa yang akan dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu,” katanya. - KitaReporters

1
2
0
1
0

Copy Link: