Dah ada Mowgli Malaysia @ Muhammad Syukur! Kini ada Baby Mowgli pula! Seronok dia naik kerbau!

Published by
KitaReporters


Zaman sekarang ini terdapat hanya segelintir sahaja kanak-kanak yang menikmati zaman kanak-kanak dengan bermain permainan-permainan di kampung.  Pada zaman sekarang, semua lebih cenderung menggunakan gajet sahaja di dalam rumah

Namun masih ada kanak-kanak yang lebih gembira bermain di luar. 

Baru-baru ini tular dalam media sosial, video seorang kanak-kanak dilihat duduk di atas seekor kerbau yang sedang berendam di dalam sungai.

Video tersebut memaparkan kerbau tersebut sedang berendam di dalam sungai dan kelihatan kanak-kanak ini sangat gembira.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kerbau


Sering kali kita lihat, kanak-kanak akan berasa takut dan akan menangis. Tetapi berbeza sungguh dengan kanak-kanak yang sangat comel ini.

Oleh sebab keberanian kanak-kanak ini dilihat bersama kerbau ala karakter Mowgli yang terkenal seluruh dunia itu, videonya telah tular sehingga meraih sejuta tontonan dan lebih 90,000 likes.



Comel sungguh telatah kanak-kanak ini yang dilihat di beberapa video lain dengan kerbau. 

Video kanak-kanak ini juga telah membuatkan netizen sangat teruja dan meninggalkan komen sehingga ada mengelar kanak-kanak itu sebagai "Baby Mowgli".

Kita dah ada Mowgli Malaysia iaitu adik Muhammad Syukur Khamis dari Kampung Kubang Bujuk, Kuala Terengganu. Kini, ada Baby Mowgli pula.



Rata-rata netizen yang memberi berpendapat terhadap kanak-kanak ini setuju inila Mowgli versi bayi di Malaysia. Rare sungguh telatah kanak-kanak ini! - KitaReporters







0
0
0
0
0

Copy Link: