Kak terima kasih kerana tak halal RM2 tu! Duit tu saya dah masukkan ke dalam tabung masjid!

Published by
KitaReporters


RATA-RATA daripada kita jika mempunyai baki wang daripada membeli makanan pasti akan memberi tip kepada penghantar makanan kerana mempunyai niat berkongsi rezeki antara satu sama lain.

Niat ini sangatlah bagus kerana kita semua ingin mengucapkan tanda terima kasih kepada mereka yang mencari rezeki kerana sanggup meredah hujan dan panas demi menghantar makanan.

Namun baru-baru ini tular dalam media sosial kisah seorang pemuda penghantar makanan yang pelanggannya sendiri buat perangai tidak mahu halalkan tip yang diberikan pada hari tersebut.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan penghantar makanan:

https://kitareporters.com/search?search=penghantar



Perkongsian dalam Facebook Khairul Haffendy Othman menunjukkan bahawa dia memaparkan screenshot (tangkap layar) perbualan dia dengan pelanggan wanita tersebut.

Dari mesej tersebut, tertulis bahawa wanita tersebut tidak mahu menghalalkan wang lebih yang diberikan kepada penghantar makanan tersebut kerana makanan yang dihantar kepadanya tidak mencukupi.

Dik kak tak halalkan duit terlebih kak bagi sebab makanan tak cukup, call centre pun tak dapat.


Namun pemuda ini tidak melenting kepada wanita tersebut tindakan yang diberikan kepadanya. Bahkan, pemuda penghantar makanan ini lebih mesra menjawab WhatsApp tersebut.

Kak saya hantar yang mana kedai bagi kak. Kak terima kasih kak kerana tak halalkan duit RM2 kak tu. Duit tu nanti saya masuk tabung masjid nah kak. Saya tak mahu rosak rezeki saya dengan family saya kak.

Walau bagaimanapun, rata-rata netizen berasa geram dan marah akan tindakan wanita ini tidak bertimbang rasa dan tidak mempunyai hati yang ikhlas.

Jadi, janganlah kita memandang rendah terhadap penghantar makanan yang berkerja mencari rezeki halal, dan siapalah kita untuk tidak menghalalkan sesuatu. - KitaReporters


13
0
3
1
0

Copy Link: