Ahli rombongan turut berkunjung ke syarikat pengeluaran Kek Lapis di Kuching, Sarawak


PROGRAM Lawatan Integrasi Nasional yang diperkenalkan oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) membabitkan ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memupuk semangat perpaduan dan meningkatkan sosiobudaya pelbagai kaum dan etnik.

Lawatan tersebut sama ada dianjurkan oleh jabatan berkenaan atau diusahakan sendiri oleh Kawasan Rukun Tetangga ia sebenarnya mampu  memberi impak besar dalam membentuk perpaduan nasional dan perhubungan antara komuniti terbabit. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan  Kawasan Rukun Tetangga (KRT)  

Peserta bergambar kenangan di Dataran  Sungai Batang Lupa, Seri Aman, Sarawak


Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Jertih, Terengganu tidak ketinggalan menyertai program tersebut dengan memilih Sarawak sebagai destinasi lawatan untuk usaha memberi pendedahan kepada ahli jawatankuasanya mengenai kehidupan masyarakat pelbagai kaum dan etnik di negeri tersebut.

Program empat hari bermula 2 hingga 5 Jun 2022 yang disertai 21 peserta pelbagai kaum itu adalah pertama kali dianjurkan oleh KRT berkenaan ke Negeri Sarawak.


Muhamad Hanif Mustapa


Setiausahanya, Muhamad Hanif Mustapa berkata, pihaknya mengambil masa hanya dalam tempoh tiga bulan untuk merancang lawatan tersebut selepas mengambil kira keadaan semasa pandemik  COVID-19 yang beralih kepada fasa endemik.

Katanya, sempena lawatan itu pihaknya berpeluang berkunjung ke Bahagian Kuching dan Seri Aman untuk membuat kunjungan hormat dan beramah mesra dengan rakan-rakan KRT di tempat-tempat tersebut.


Peserta rombongan bergambar kenangan bersama Dayang Noorazah (duduk tiga dari kanan)


Beliau berkata, ketika di Seri Aman rombongan KRT Bandar Jertih berpeluang mengadakan sesi kunjungan kepada Jawatankuasa Penyelaras KRT Bahagian Seri Aman dan KRT Tanah Baru Hilir, Seri Aman.

Katanya, kunjung ke KRT Tanah Baru Hilir dianggap menarik kerana penganjur mengadakan program demontrasi masakan Sarawak dan Terengganu yang disertai ahli Jiran Wanita kedua-dua KRT terbabit.


Demonstrasi masakan Terengganu dan Sarawak oleh kumpulan Jiran Wanita KRT.


Beliau berkata, program demontrasi masakan bertambah meriah apabila ia turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor.

Manakala di Kuching, KRT Kampung Tupong Hilir, dipilih selaku tuan rumah oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sarawak bagi sesi Jalinan Mesra Komuniti.


Noor Almizan Mahmod


Sepanjang tempoh lawatan itu, Pegawai Perpaduan Daerah Besut, Noor Almizan Mahmod turut hadir selaku pegawai pengiring kepada peserta rombongan dari KRT Bandar Jertih.

Tidak ketinggalan, katanya, sempena Sambutan Hari Gawai ahli rombongan turut berkunjung ke Rumah Panjang Kampung Putat, Seri Aman, bagi mengenali lebih dekat kehidupunan komuniti di rumah tersebut.

Muhamad Hanif berkata, KRT Bandar Jertih sebelum ini pernah mengadakan lawatan perpaduan ke seluruh negara malah pernah mengadakan lawatan ke luar negara termasuk Indonesia, Vietnam dan Thailand. - KitaReporters


Peserta rombongan berpeluang berkunjung ke Rumah Panjang Kampung Putau, Seri Aman

14
12
1
6
0

Copy Link: