Gambar hiasan... Katil dikhususkan bagi kes Covid-19 dan ICU di hospital kerajaan di Johor kini telah melebihi kapasiti penggunaan 90 peratus. - Kredit foto: FB Kementerian Kesihatan Malaysia


PENGGUNAAN katil dikhususkan bagi kes Covid-19 di wad dan Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital-hospital kerajaan di Johor kini sudah mencapai kapasiti lebih 90 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata perkembangan terbaharu itu sekali gus menimbulkan kebimbangan berikutan jumlah kes semakin meningkat dan sehingga 15 Mei 2021 sahaja terdapat 82 pesakit Covid-19 dirawat di ICU.

“Daripada jumlah tersebut, 66 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. Meskipun hampir mencapai kapasiti maksimum penggunaan katil, hospital di negeri ini tidak menolak pesakit bukan Covid-19 yang memerlukan rawatan seperti biasa.

“Pesakit kategori 2 hingga 5 masih boleh dirawat di hospital dengan menambah bilangan katil dan wad diperuntukkan khusus untuk pesakit Covid-19.

"Selain hospital kerajaan, pesakit Covid-19 bagi kategori 1 hingga 5 boleh memilih untuk dapatkan rawatan di 15 hospital swasta. Manakala,  kategori 1 boleh dirawat di PKRC Pasir Gudang dan PKRC swasta, DB Complex, Iskandar Puteri," katanya menerusi satu kenyataan, 17 Mei 2021.

Tambah Vidyananthan,  kes Covid-19 meningkat kebelakangan ini ekoran ada segelintir individu dilaporkan masih mengadakan dan sertai aktiviti sosial serta keagamaan yang tidak mematuhi prosedur standard operasi (SOP). KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

 

2
0
0
0
0

Copy Link: