Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan beberapa agensi lain akan menggunakan segala aset utama pasukan keselamatan bagi menyekat aktiviti pengedaran dadah ke negeri Pantai Timur. : KitaReporters 

Zulkifli Abdullah (kiri) ketika menyertai program Bicara Santai Bersama Komuniti Daerah Besut 


Lagi cerita-cerita berkaitan dadah:

https://kitareporters.com/search?search=dadah


 Ini kerana negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang sering terdedah dengan aktiviti pengedaran dadah oleh pihak tidak bertanggungjawab memandangkan kedudukannya bersempadan dengan negara jiran.

Langkah itu sebahagian daripada usaha pihak AADK untuk mengatasi masalah penagihan dadah yang semakin serius dalam kelangan remaja di negeri -negeri terbabit menyebabkan berlakunya peningkatan penagih dadah kerana mendapat bekalan yang mudah daripada pengedar. 

Ketua Pengarah AADK, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, berdasarkan statistik, ketiga-tiga negeri Pantai Timur iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang menduduki kedudukan teratas bilangan penagih dadah di negara ini. 

Datuk Seri Zulkifli Abdullah


Katanya, sebanyak 90 peratus bekalan dadah terutama pil kuda yang diperoleh di negeri-negeri Pantai Timur ini telah diseludup masuk dari negara jiran menerusi Kelantan

Zulkifli berkata, inisiatif agresif menyekat kemasukan bekalan dadah ke negeri-negeri Pantai Timur itu membabitkan pelbagai agensi penguat kuasa yang diketuai Ketua Polis Kelantan dan Terengganu

Zulkifili Abdullah menunjukkan tanda bagus selepas menandatangani plug Taman Rekreasi PUSPEN Besut


Katanya, Ibu Pejabat Polis Kontijen Terengganu juga melancarkan kempen Jihad dadah bagi memerangi kes pengedaran dan penagihan dadah di negeri tersebut sejak bulan Julai 2020 lalu. 

“Kita usaha sekat kemasukan dadah bagi mengurangkan bekalannya di Pantai Timur menerusi pendekatan yang dipanggil Perbincangan Kota Bahru,” katanya selepas menghadiri program Bicara Santai bersama Komuniti Besut di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Besut. 

Program  bual bicara itu anjuran bersama PUSPEN dan Jabatan Penerangan Negeri Terengganu.



Zulkifli turut mengesahkan status Terengganu antara negeri tertinggi merekodkan jumlah penagih dadah dengan nisbah 916 penagih. dadah bagi setiap 100,000 penduduk. 

“AADK juga akan memperkenalkan modul baharu bagi mengatasi masalah penagihan dadah mulai tahun 2001 hingga 2025,” katanya. - KitaReporters

2
1
0
0
0

Copy Link: