Lahir, membesar, belajar dan bergelar rakyat Malaysia tetapi tidak pandai berbahasa kebangsaan! Satu perkara yang amat menyedihkan. Boleh dikatakan, Malaysia adalah satu-satunya negara di mana segelintir rakyatnya tidak tahu berbahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.

Kerap terjadi kontroversi apabila ada rakyat Malaysia tidak fasih dan pandai berbahasa kebangsaan apabila berurusan di premis kerajaan. 

Pelbagai alasan diberikan untuk menegakkan benang yang basah. Sedangkan pekerja asing seperti Bangladesh baru tinggal sebulan di Malaysia sudah pandai berbahasa kebangsaan. Tidak malukah anda?

Begitulah realiti yang berlaku di Malaysia. Tidak pandai berbahasa Melayu bukan perkara yang memalukan sebaliknya tidak pandai berbahasa Inggeris, ia sesuatu yang memalukan. Parah bukan? 

Tak salah mahir dalam bahasa Inggeris kerana ia bahasa antarabangsa tetapi dalam masa yang sama, jangan sesekali abai atau ketepikan bahasa kebangsaan.


Sebagai pengacara, menguasai lebih daripada satu bahasa memberi kelebihan kepada Daphne Iking.


Perkara ini bukan boleh dibuat main-main atau dipandang enteng. Menyedari hakikat inilah, selebriti dan juga pengacara popular, Daphne Iking, 45, bersyukur kerana dirinya cepat belajar bahasa Melayu.

Dalam media sosial (Instagram), pengacara dari Keningau, Sabah ini mengimbas kembali bagaimana pada suatu ketika dia tidak pandai berbahasa Melayu kerana membesar dan belajar di United Kingdom. Dia turut berkongsi beberapa perkataan baharu dalam bahasa Melayu yang tidak pernah dia dengari selama ini.



“Pada suatu ketika, saya tidak pandai bertutur dalam bahasa Malaysia (BM). Saya mendapatkan pendidikan awal saya di UK ketika ayah sedang belajar undang-undang.

“Kami kembali ke Malaysia dan mujurlah, sebagai kanak-kanak, anda mempelajari bahasa lebih cepat. Jadi secara teori, saya bagus dalam bahasa Malaysia. Tetapi apabila dituturkan terlalu cepat, agak sukar untuk saya fahami. Selain itu, penduduk Sabah mempunyai dialek mereka sendiri,” tulisnya.

Menurut Daphne lagi, oleh kerana tidak begitu fasih ketika itu, dia terpaksa menolak beberapa tawaran mengacara dalam bahasa kebangsaan. 

Namun, kalau sudah rezeki, ia tidak ke mana. Peluang mengacara dalam sebuah majlis berprestij yang menggunakan dwibahasa menjadikan dia yakin untuk berbahasa kebangsaan. 

“Tapi lambat laun, saya dapat membiasakan diri bercakap dalam BM, tetapi masih kurang yakin untuk menjadi pengacara dalam BM. Asyik tolak jer pertanyaan “can Daphne host in Malay?”.

“Sehinggalah dapat peluang untuk mengacara satu acara live TV, majlis Anugerah Sri Angkasa. It was just a gig I could not turn down. Jadi? Saya menunaikan tugas saya and since then? I’ve been more brave to take on bi-lingual jobs. So info on new words like this tickles me. Pascanilai, fuh,” tulisnya.



Perkongsian Daphne itu turut mendapat perhatian netizen. Rata-rata turut senorok mempelajari beberapa perkataan baharu yang jarang dan tidak pernah mereka dengar.

“Jerayawara adalah perkataan yang saya gunakan dan berbelit juga lidah menyebutnya. Natijahnya, memang seronok belajar perkataan-perkataan baharu dalam BM,” tulis salah seorang netizen. - KitaReporters


10
12
0
7
0

Copy Link: