SERAMAI 250 peserta, 50 juri tetapi hanya seorang sahaja yang bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50,000 berserta trofi bergelar Juara program realiti yang diadaptasi dari United Kingdom terbitan BBC One, iaitu ‘All Together Now Malaysia’  (ATNMY) musim pertama.

Mungkinkah juaranya disandang oleh cucu kepada seniman negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, iaitu Najua P. Ramlee (gambar bawah) atau anak kepada Raja Pop, Dato Jamal Abdillah, Zaki Yamani  (gambar kedua bawah) yang merupakan antara 250 peserta termasuk komposer jingle & personaliti Tik Tok, Ajoi Zainal; penari & influencer, Baelon; penyanyi, Meer Nash atau milik Kumpulan Pancit Sitaya yang memperjuangkan genre irama Malaysia & Dangdut?


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Astro


Jawapan sebenarnya sudah ada cuma perlulah dirahsiakan kerana sebenarnya sudah dua kali ditunda daripada tarikh asal yang dijadualkan siarannya tetapi akibat situasi ketidaktentuan pandemik pada ketika itu, ia terpaksa ditangguhkan.

Kini, mulai 6 Jun 2021, rakaman konsert mingguan ‘ATNMY’ yang dilangsungkan dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), bakal menemui penonton selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9  malam menerusi saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim melalui aplikasi Astro Go dan perkhidmatan On Demand.

Klip sedutan aktiviti perjalanan para peserta dan barisan juri menjelang konsert mingguan pula dapat ditonton melalui liputan kapsul harian ‘Di Sebalik All Together Now Malaysia’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang bermula 31 Mei 2021

Kompilasi liputan tersebut juga boleh ditonton menerusi ‘Kompilasi Di Sebalik All Together Now Malaysia’ pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam bermula 5 Jun 2021.


Emarina menjawab pertanyaan media pada sidang media virtual baru-baru ini


Untuk rekod, Malaysia merupakan negara ke-17 di dunia dan yang pertama di Asia Tenggara menerbitkan program ini untuk versi tempatan tetapi masih mengekalkan format asalnya.

“Pun begitu terdapat pengisian elemen tempatan yang turut disuntik untuk menambah baik format asal agar bersesuaian dengan resam norma baharu, budaya dan sensitiviti rakyat Malaysia.,” ujar Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal pada sidang media secara virtual yang diadakan baru-baru ini. Hadir sama Ketua Ketua Strategi Kandungan Hiburan Astro, Raqim Ahmad.



Sidang media berkenaan turut disertai sebahagian daripada 50 selebriti tanah air yang dilantik sebagai juri daripada barisan penggiat seni merangkumi pelbagai cabang seni yang berbeza seperti penyanyi, pelakon, pelawak, penyampai radio, pengacara, personaliti media sosial dan sebagainya. 

Antara yang hadir bersama adalah hos ‘ATNMY’, Sherry Alhadad; Kapten Juri,Dato AC Mizal; Erra Fazira; Noryn Aziz; Jaclyn Victor; Khai Bahar; Siti Nordiana; Mark Adam; Hanif Hamzah (Era) Kelly Azman (wakil media) dan ramai lagi.`


Antara selebriti yang hadir pada sidang media virtual bersama Emarina dan Raqim Ahmad (gambar bawah sekali, kanan).


Bercerita lanjut, Emarina memberitahu, ‘ATNMY’ musim pertama memperkenalkan konsep muhibah menerusi pemilihan barisan juri serta menyaksikan penyertaan daripada masyarakat Malaysia yang berbilang kaum sejajar dengan taglinenya ‘Bersatu Dalam Lagu’.

Tambah beliau, nasib para peserta  diadili barisan 50 juri profesional berkenaan berdasarkan sistem penjurian kalah mati. 



“Setiap juri mewakili dua markah. Dua peserta yang mendapat markah tertinggi pada setiap episod akan mara ke peringkat akhir ‘ATNMY Final’ untuk merebut gelaran juara, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi,” jelas Emarina.

Tambahnya, seramai 24 peserta akan bertanding dalam setiap episod di mana mereka diberikan tempoh 90 saat untuk membuat persembahan masing-masing. 




Gambar-gambar di atas: Antara peserta-peserta yang bertanding.


Sekiranya juri suka dengan persembahan tersebut, mereka boleh mula memberikan markah kepada peserta sejurus selepas 30 saat pertama dengan menekan butang ‘buzzer’ yang disediakan lalu ikut berdiri dan menyanyi bersama-sama dari tempat masing-masing sebagai tanda sokongan. 

Tiga peserta yang mendapat markah tertinggi akan ditempatkan di tiga buah podium utama mengikut jumlah markah yang diterima, manakala peserta yang mendapat markah paling banyak akan ditempatkan di podium yang pertama sekaligus layak untuk mara ke peringkat akhir secara automatik.

Manakala peserta yang berada di kedudukan kedua dan ketiga pula akan berentap sekali lagi dalam pusingan ‘Sing-Off’ untuk menempah tempat ke peringkat akhir.

Untuk pusingan ini, peserta perlu memilih lagu baharu untuk dipersembahkan di hadapan barisan juri daripada senarai yang disediakan oleh pihak produksi. 




“Sekiranya ada peserta yang mendapat markah seri, Dato’ AC Mizal selaku ‘Kapten Juri’ mempunyai kuasa untuk membuat keputusan bagi memilih peserta yang layak untuk berada di podium,” jelas Emarina.

Sementara tu, walaupun program musim pertama ini baru dilancarkan, pihak produksi sudah pun memulakan misi pencarian bakat untuk menyertai musim kedua. 

Sesi uji bakat musim kedua secara rasminya sudahpun ditutup pada 30 Mei 2021 ini untuk disenarai pendek. 

Meskipun penganjuran musim pertama program ‘ATNMY’ berlangsung ketika krisis pandemik Covid-19 melanda, namun sambutan yang diterima amat memberangsangkan dengan penerimaan keseluruhan hampir 3,000 buah jumlah video penyertaan secara online diterima.

Daripada jumlah tersebut, hanya 214 jumlah penyertaan yang berjaya terpilih untuk menyertai musim ini sama ada secara solo, duo, trio ataupun berkumpulan.  214 buah penyertaan tersebut melibatkan hampir 250 orang jumlah keseluruhan peserta yang bertanding. - KitaReporters


11
0
0
2
6

Copy Link: