Tahniah atlet Muay Thai Kedah! Terima ganjaran kemenangan berupa wang tunai! Berjaya pada Sukma 2022!

Published by
KitaReporters


ATLET-ATLET Muay Thai Kedah yang berjaya meraih kemenangan di kejohanan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX Majlis Sukan Negara (MSN) 2022 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerima ganjaran dari kerajaan Negeri Kedah 8 Februari 2023 lalu.

Dalam kejohanan itu atlet Muay Thai Kedah berjaya meraih 16 pingat emas, 17 perak dan 30 gangsa.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sukan Muay Thai

Antara atlet Muay Thai yang terima intensif dari Kerajaan Negeri Kedah.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyampaikan intensif kemenangan sebanyak RM3,000 kepada pemenang pingat emas, RM2,000 untuk pemenang pingat perak dan RM1,000 kepada pemenang pingat gangsa.

Manakala pemenang bagi kategori dua pemain pula masing-masing menerima RM2,000 (emas), RM1,000 (perak) dan RM500 (gangsa).

Bagi kategori tiga hingga enam pemain ialah RM1,500 (emas), RM750 (perak) dan RM400 (gangsa).

Turut menerima instensif ialah pemenang kategori tujuh pemain ke atas RM100 (emas), RM500 (pera) dan RM300 (gangsa).



Dalam ucapannya pada majlis itu Muhammad Sanusi turut mengucapkan tahniah kepada kesemua 733 atlet Muay Thai yang mewakili negeri ini pada kejohanan SUKMA XX MSN 2022.

Katanya beliau bangga dengan semangat juang yang tinggi dikalangan atlet yang mewakili Kedah dan berjuang sehingga membawa pulang pingat kemenangan.

“ Sesungguhnya wang ganjaran dari kerajaan negeri ini adalah sebagai hadiah bagi kejayaan mereka,”ujarnya lagi.

Moga usaha bagi meraih kemenangan ini akan terus membara dikalangan atlet negeri ini untuk edisi seterusnya nanti.

Bagi mencapai kejayaan itu kerajaan negeri melalui MSN akan meneruskan usaha secara bersungguh-sungguh dalam acara sukan ini melalui program pembangunan pelapis SUKMA yang dijalankan sejurus selepas SUKMA 22. - KitaReporters


Muhammad Sanusi Md Nor (dua dari kanan) menyampaikan intensif kemenangan.

16
13
0
10
0

Copy Link: