PERAK Football Club (FC) meneruskan momentum kemenangan apabila mengejutkan pendahulu liga, Kelantan FC 2-1 dalam saingan Liga Perdana 2022 yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan pada 10 Ogos 2022. 

Kekalahan Kelantan ini merupakan kekalahan kedua dalam liga dan ia membuka ruang kepada pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT ) II yang berbaki satu perlawanan untuk merapatkan mata dengan pendahulu liga. 


Lagi


Kredit foto-foto: FB MLF


Kelantan yang bermain di halaman sendiri untuk lima perlawanan berturut-turut memulakan perlawanan yang lebih baik dan berjaya memuka jaringan seawal minit ke-2 permainan apabila Jasmir Mehat menanduk masuk hantaran rakan sepasukan untuk menceriakan penyokong di stadium. 

Tersentak dengan jaringan itu, Perak cuba mengatur semula permainan dan cuba menyerap tekanan yang diberikan oleh pasukan tuan rumah. 

Usaha anak buah Yusri Che Lah dalam mencari jaringan penyamaan hadir pada minit ke-14 apabila berpunca sepakan percuma daripada Luciano Guaycochea yang menghantar terus ke dalam kotak penalti dan pemain Kelantan gagal mengeluarkan bola daripada kekalutan tersebut menyebabkan Wan Zack Haikal Wan Nor memanfaatkan peluang terbaik untuk jaringan pasukan Perak. 

Pasukan The Bos Gaurus ini terus mengatur serangan dalam usaha untuk mencari gol tambahan. 

Selang enam minit kemudian, Kelantan tersentak sekali lagi apabila hantaran jauh daripada pemain pertahanan Perak, Kamal Arif Azrai tertanduk ke gawang sendiri oleh Khairul Helmi Johari untuk meletakkan Perak mendahului 2-1. 


Kredit foto-foto: FB MLF


Kelantan cuba bangkit terutama pada separuh masa kedua yang menyaksikan skuad kendalian Rezal Zambery Yahya terus menyerang dan mempunyai beberapa peluang namun barisan pertahanan Perak berjaya bertahan dengan baik sehingga tamat perlawanan. 

Kemenangan Perak ini membolehkan mereka mengumpul tujuh mata selepas 14 perlawanan dek kerana pasukan ini didenda potongan sembilan mata kerana mengalami masalah kewangan ketika itu. 

Moral kemenangan untuk pasukan Perak sudah pasti sangat penting ketika ini kerana mereka masih berpeluang untuk mendaki beberapa tangga lagi jika meneruskan momentum kemenangan ini. 

Sementara pasukan Kelantan pula sudah pasti mereka akan bangkit selepas ini kerana jurang mata dengan JDT II makin dekat dan sudah pasti mereka tidak mahu terlepas peluang untuk muncul juara liga pada hujung musim nanti. - KitaReporters


16
4
0
11
1

Copy Link: