Kredit foto: IG @tunku_idris


Perkongsian Tunku Temenggong Johor (TTJ), Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim menunjukkan kereta milik kesayangannya digeser sebuah kenderaan BMW dengan nombor pendaftaran Singapura tular dalam media sosial sehingga menarik perhatian orang ramai.

Menerusi hantaran dalam laman Instagram miliknya, perkongsian sebuah video yang berdurasi 60 saat itu menunjukkan seorang lelaki yang memandu kenderaan BMW dengan nombor pendaftaran Singapura bergeser dengan kenderaan Tunku Idris di hadapan sebuah kedai apabila pemandunya ingin memasuki ke ruang parkir kosong di sebelah kanan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pemandu kereta



Kredit foto: IG @tunku_idris


Selain itu, menerusi hantaran Tunku Idris juga, berkongsi sekeping gambar kelihatan terdapat kesan calar serta tayar kereta di bahagian kanan mengalami kemek.

Perangai,” ujarnya menerusi ruangan kapsyen yang ditulis pada hantaran tersebut pada Ahad, 31 Julai 2022.

Mengikut paparan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) itu, ia menunjukkan kejadian berlaku pada pukul 2.17 petang di hadapan sebuah kedai yang beralamat di Jalan Serampang, Taman Pelangi di Johor Bahru, Johor.



Kredit foto: IG @tunku_idris


Rakaman itu juga turut memaparkan pemandu lelaki itu dilihat keluar dari kenderaannya dan berlalu pergi tanpa menghiraukan sama ada kenderaan Tunku Idris mengalami kerosakan atau tidak.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya sudah menerima laporan mengenai kejadian yang dibuat di Balai Polis Trafik Johor Bahru Selatan. - KitaReporters 


Kredit foto: IG @tunku_idris

12
12
0
10
0

Copy Link: