Video| Anda berumur 25-29 tahun? Anak dara? Sanggup tinggal dengan emak mentua? Wak Doyok cari isteri!

Published by
KitaReporters

Wak Doyok anggap A Aida sekadar BFF


IKON fesyen, pelakon, influencer (pempengaruh) dan usahawan terkenal, Wak Doyok (Mohd Azwan Md Nor) masih bujang diketika usianya sudah mencapai 48 tahun. 

Tidak lama dulu, sempena ulang tahunnya ke-48 pada 22 November 2022, dalam IGnya, Wak Doyok memuat naik beberapa foto mesra dengan penerbit filem terkenal, Datuk A. Aida (Zaidah Awang) menyebabkan ada yang menyangka kedua-duanya kini adalah pasangan kekasih.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan usahawan Wak Doyok



Akhirnya Wak Doyok membuat pengakuan, A Aida sesuai dijadikan kawan baik selamanya (Best Friend Forever atau BFF) bukan sebagai isteri kerana usia A Aida lebih berusia daripadanya. A Aida sudah berusia 52 tahun dan sudah 4 kali berkahwin.

Pengakuna ini nampaknya ada kaitan dengan pesanan sang ibu yang menasihatkan Wak Doyok untuk mencari isteri seorang anak dara, bukan janda.


/

Wak Doyok pernah bercinta dengan Azrinaz

Sebelum ini Wak Doyok pernah dilamun cinta dengan janda Sultan Brunei, Azrinaz Mahzar Hakim iaItu bekas personaliti TV3, Namun hubungan mereka putus pada 2016.

Wak Doyok pernah mendedahkan sepatutnya mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita pada April 2017, namun hubungan mereka berakhir dengan perpisahan dan dia enggan mendedahkan identiti wanita yang sepatutnya dikahwini itu. 




Bapanya, Mohd Nor Abd Hamid meninggal dunia pada 25 Oktober 2018 akibat penyakit usus bengkak pada usia 86 tahun. 

Wak Doyok tidak sempat memberi kenikmatan hidup kepada ayahnya. Justeru Wak Doyok berazam memberi keselesaan hidup kepada ibunya yang begitu jarang dihebahkan namanya.

Bagi Wak Doyok, ibu adalah pintu rezeki dan kebahagiaan kepadanya. Untuk itu Wak Doyok sebagai anak bongsu dan berjaya dalam bidang perniagaan, mengantikan rumah kayu usang peninggalan orang tua dan diganti dengan rumah banglo di Klang, Selangor.

Ibunya juga dibelikan sebuah kereta pelbagai guna (MPV) jenama Velfire dan dihantar melakukan umrah. Ibunya dikatyakan pernah cuba menjodohkan dengan seorang guru namun tidak mendapat respons Wak Doyok.



Bagi Doyok jika ingin berkahwin dia akan memilih wanita yang lebih muda daripadanya yang boleh menjaga dirinya ketika sakit.

Menurut Wak Doyok dia sedang mengenali hati budi seseorang untuk dijadikan bakal isteri. Namun dia masih belum memperkenal kepada ibunya. Dia hanya akan mengahwini seseorang setelah mendapat restu ibu.

Menurut Wak Doyok wanita yang dicarinya mesti anak dara, berusia 25-29 tahun. Dan paling penting sedia tinggal bersama ibu mertua dan menjaga kesihatan ibunya yang kini sudah berusia 82 tahun.

“Yang tentu anak daralah, 25 tahun ke atas. Kalau muda sangat pun susah, kehidupan masih tak cukup, bila dah 28 ke atas tu dia dah cukup matang,” kata Wak Doyok.

Wak Doyok turut mendedahkan dia pernah berpisah dengan bekas kekasih terdahulu kerana tidak mahu tinggal bersama ibunya.

“Tanggungjawab lelaki adalah mak, kalau perempuan saya boleh cari banyak-banyak tak ada masalah, tapi syurga tu dekat mak saya, bukan dekat isteri saya.

“Isteri syurga dekat saya, dia kena ikut cakap saya. Jadi saya nak seimbang. Kena tackle mak saya dulu macam mana,” katanya.

Diharap Wak Doyok dapat meninggalkan zaman bujangnya ketika si ibu masih hidup.

Bagi para gadis yang mempunyai ciri-ciri pilihan Wak Doyok, tidak perlu berharta dan dan tanpa memiliki paras menarik tetapi sedap dipandang boleh cuba memikat Wak Doyok dan emaknya. - KitaReporters


14
15
0
15
0

Copy Link: