Sebahagian Kanak-Kanak Tabika KEMAS yang menyertai acara Senamrobik Merdeka


AURA sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 yang bakal diraikan oleh rakyat negara ini pada 31 Ogos 2022 ini semakin mendekati jiwa masyarakat apabila pelbagai pihak tampil menganjurkan program bagi menyemarakkan lagi sambutan kemerdekaan negara

Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) mengambil sikap proaktif apabila menggerakkan jentera perpaduan melalui Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara untuk menganjurkan program berteraskan kemerdekaan dalam kalangan komuniti setempat.

Untuk tahun 2022, tema sambutan Hari Kebangsaan ialah 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama'.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti KRT

Golongan warga emas yang turut serta dalam acara Senamrobik Merdeka KRT Bandar Jertih


Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Jertih, Terengganu tidak ketinggalan menyahut saranan JPNIN apabila menganjurkan program Senamrobik Merdeka dengan mengajak komuniti setempat menyertai program tersebut. 

Program Senamrobik Merdeka yang berlangsung di padang kawad Balai Polis Trafik Jertih, pada 24 Ogos 2022 lalu ternyata menarik minat orang ramai apabila program tersebut mendapat sambutan menggalakkan.


Muhammad Hanif Mustapa


Setiausaha KRT Bandar Jertih, Muhamad Hanif Mustapha berkata, bagi menjayakan program tersebut pihaknya berkolaborasi dengan pelbagai pihak termasuk Polis Draja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Kesihatan.

Katanya, hasil usaha itu pihak penganjur berjaya mengumpul lebih 150 peserta mewakili pelbagai peringkat usia menyertai senamrobik tersebut. 

“Menariknya program itu turut disertai peserta pelbagai kaum yang tinggal di kawasan pentadbiran KRT terbabit,” katanya. 


Wanita juga tidak ketinggalan menyertai acara Senamrobik Merdeka


Muhammad Hanif berkata, sempena program itu pihaknya tidak ketinggalan mengadakan aktiviti saringan kesihatan membabitkan petugas dan sukarelawan Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) dari Klinik Kesihatan Jertih

Beliau berkata, agak meriah apabila acara senamrobik tersebut turut disertai kanak-kanak Tabika Perpaduan dan KEMAS di sekitar Bandar Jertih. 

“Program tersebut adalah sebahagian daripada rangka aktiviti sempena sambutan Bulan Kemerdekaan yang dianjurkan oleh KRT berkenaan sehingga 16 September 2022,” katanya. - KitaReporters


Peserta berpeluang membuat saringan kesihatan anjuran KOSPEN dari Klinik Kesihatan Jertih


Peserta dari pelbagai kaum dan peringkat usia yang menyertai program Senamrobik Merdeka.

9
7
2
18
0

Copy Link: