Surat beri semangat Hrithik Roshan kepada Aryan Khan! Anak SRK ditahan sebab salah guna dadah!

Published by
KitaReporters

Penahanan Aryan Khan iaitu anak sulung pelakon ternama, Shah Rukh Khan (SRK) kerana penyalahgunaan dadah mengejutkan ramai pihak. Dan ramai yang bersimpati terhadap Shah Rukh Khan dan keluarga. 

Salah seorang selebriti yang memberikan ulasan terhadap nasib yang menimpa pelakon muda itu ialah pelakon kacak Bolywood, Hrithik Roshan, 47.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan SRK

Hrithik Roshan antara pelakon Hindi bertubuh sasa. - Kredit foto: IG Hrithik Roshan.

Melalui Instagramnya Hrithik menulis surat terbuka buat Aryan dan memohon remaja tersebut untuk terus tabah dan kuat berdepan ujian ini. 

Berikut adalah surat terbuka Hrithik Roshan:   

“Buat Aryan sayang, hidup adalah satu perjalanan yang aneh. Tidak selalunya bagus tetapi Tuhan memberikan yang terbaik. Dia memberi ujian untuk dihadapi dan kamu dipilih supaya belajar merasakan tekanan agar diri kamu boleh berdepan dengan apa jua situasi pada masa akan datang.

“Kesalahan, kegagalan, kemenangan, kejayaan semuanya sama jika kamu tahu yang mana harus disimpan dan yang mana harus dibuang daripada perjalanan hidup. Percayalah kamu akan menjadi lebih baik daripada mereka semua. Akan datang cahaya nanti."

Menurut Hrithik Roshan, Aryan perlu kuat dan tabah menghadapi ujian ini. Tambahnya, Aryan masih muda dan banyak perkara yang bakal dihadapi pada masa hadapan. Oleh itu, remaja tersebut perlu belajar sesuatu daripada pengalaman ini.



Aryan ditahan bersama beberapa temannya pada Ahad, 3 Oktober 2021 kerana memiliki dadah dan menghadiri pesta dadah atas sebuah kapal persiaran mewah di Mumbai.

Sementara itu menurut  portal Bollywoodlife.com, SRK dan isterinya dalam keadaan murung dan enggan ditemui media ekoran nasib yang menimpa Aryan yang kini masih ditahan. - KitaReporters

17
14
0
12
0

Copy Link: