MENJALANKAN kerja kahwin bukan kerja mudah!! Bermula dari jemputan, pelamin, pakaian pengantin dan juga makanan yang akan disediakan untuk tetamu yang dijemput. Semua itu perlu dirancang dengan teliti jika tidak menyebabkan makanan berlebihan sehingga berlaku pembaziran. : KitaReporters

Hidangan yang akan diagihkan kepada golongan memerlukan bagi mengelak pembaziran. - Kredit foto: FB What A Waste.


Lagi cerita-cerita berkaitan perkahwinan:

https://kitareporters.com/search?search=perkahwinan


Kejadian sama berlaku kepada pasangan pengantin baharu dari Seputeh, baru-baru ini selepas hidangan yang disediakan  tidak habis dijamu kepada tetamu. 

Mungkin juga disebabkan pertambahan kes Covid-19 yang melanda menyebabkan tetamu yang dijemput tidak dapat hadir dan tidak dapat meraikan hari bahagia pasangan berkenaan.

Mahu dibuang sayang pula lagipun hidangan itu masih elok dan boleh dimakan!


Pasukan sukalewan What A Waste tekun membungkus makanan untuk diagihkan kepada mereka memerlukan.


Nasib baik sebuah pasukan sukarelawan, What A Waste sedia menerima lebihan makanan berkenaan dan bersedia untuk mengagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Badan sukarelwan berkenaan diwujudkan bagi membantu mengagihkan makanan kepada mereka memerlukan, sekali gus mengurangkan pembaziran makanan di Malaysia.

Berkongsi kejadian berkenaan dalam Facebook What A Waste, pengendali itu berkata, semua itu diagihkan atas kesedaran dan ihsan daripada keluarga pengantin baru berkenaan.

Makanan yang siap dibungkus dan sedia diagihkan.


 S

Teruja menerima makanan yang diagihkan oleh What A Waste di PPR Kerichi, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Majlis meraikan pasangan baharu itu yang diadakan di Glasshouse, Seputeh itu berjaya menyelamatkan lebih 68 kilogram makanan yang ditempah khas untuk dijamu kepada tetamu.

Namun sayang makanan berkenaan banyak yang berlebihan menyebabkan pihak keluarga pengantin menyerahkan hidangan berkenaan kepada What A Waste. Kesemua terdiri daripada 52.4 kilogram hidangan utama, 16.2 kilogram pencuci mulut dan 32 liter minuman. 

Alahai banyak tu… sayangnya kalau dibuang begitu saja lagipun kos untuk menyediakan bukannya murah.

Menariknya proses untuk membungkus makanan berkenaan mengambil masa hampir 45 minit sebelum diagihkan kepada penduduk PPR Kerinchi.

Semestinya penduduk di situ seronok dapat menikmati nasi kenduri yang semesti enak.

Langkah mendermakan lebihan makanan melalui What A Waste itu bukan sahaja memastikan tiada pembaziran berlaku malah dapat juga lakukan kerja amal dengan mendermakannya.

Semoga kerja murni itu dapat diteruskan. Tahniah What A Waste!! - KitaReporters

2
4
0
0
0

Copy Link: