Sumber foto-foto: FB Teacher Collection 


TINDAKAN sebuah sekolah rendah menyediakan bangku untuk anak-anak murid semasa perhimpunan diadakan mengundang pelbagai reaksi dengan ada yang memuji di atas keprihatinan pihak sekolah malah turut menerima kecaman daripada pelbagai pihak.

Baru-baru ini, sebuah halaman yang bernama Teachers Collection dalam Facebook, menyatakan inisiatif tersebut dibawa oleh pihak sekolah sebagai tanda keprihatinan terhadap pelajar sekolah mereka.

“Persediaan dan perasmian penggunaan bangku untuk anak-anak SK Seri Aman di Bedong, Kedah semasa perhimpunan rasmi sekolah.

“Terima Kasih atas keprihatinan pihak sekolah,” ujarnya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sekolah-sekolah


Sumber foto-foto: FB Teacher Collection


Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai apabila terdapat sebilangan pengguna media sosial mengeluarkan pandangan negatif bahawa tindakan pihak sekolah akan membentuk pelajar menjadi manja dan lemah.

“Selepas ini, boleh letak sofa, penghawa dingin dan bumbung pula. Kita mesti rajakan generasi Z. Zaman sekarang makin mencabar tetapi remaja kini dimanjakan tidak dilahirkan untuk berjiwa kental. Zaman saya dulu tiada duduk kerana akan berdiri sampai habis.

“Zaman kami tiada masalah untuk berdiri ketika perhimpunan. Lagipun boleh belajar berdiri untuk berdisiplin bukannya lama. Sekiranya cuaca hujan, perhimpunan boleh dibatalkan,” tulis pengguna media sosial yang meragui tindakan pihak sekolah terbabit.



Dalam pada itu, sebahagian pengguna media sosial lain mempertahan usaha pihak sekolah disebabkan peralihan zaman serta membidas tanggapan negatif mereka.

Tiada keperluan membuat perbandingan dahulu dan sekarang. Zaman sudah berubah. Tiada impak buruk menyediakan kerusi untuk anak-anak ini.

“Serba tidak kena orang kita ini. Bila anak duduk di atas lantai, dikata kotor. Bila disediakan bangku, anggap manja kerana terlalu selesa. Bergantung kepada diri sendiri. Elok didikan kita pada anak, insya-Alah elok jadinya,” luah pengguna media sosial yang lain. - KitaReporters


Sumber foto-foto: Teacher Collection

16
15
0
8
1

Copy Link: