NAMA penyanyi Indonesia ini, Ben Utomo sudah pasti sedikit asing bagi telinga pencinta muzik arus perdana di Malaysia. Namun artis hip hop seberang ini yang telah bertapak dalam industri muzik sejak 2014 sudah melancarkan banyak single. 'Izinkan' kita kenalkan siapa Ben Utomo ya. : KitaReporters


Ben Utoma (kiri) menampilkan Abraham Kevin dalam lagunya 'Izinkan'.


Lagi kisah-kisah berkaitan Indonesia:

https://kitareporters.com/search?search=hip+hop


Sejak menandatangani kontrak dengan Def Jam Indonesia, sayap Ben Utomo semakin berkembang dan terkini melalui lagu single ketiganya, ‘Izinkan’ yang dilancarkan dalam semua platform digital baru-baru ini menampilkan sisi lembut rapper tersebut berbanding lagu terdahulu, ‘Itu Selalu’ yang lebih keras dan pahit manis dalam ‘Mama Knows.”

Lebih menarik, lagu yang ditambah dengan perisa R&B yang santai turut menampilkan penyanyi yang semakin meningkat naik, Abraham Kevin yang mula dikenali pada tahun 2018 sebagai finalis dalam Indonesian Idol.



"Izinkan" melihat Ben atau nama penuhnya, Benedict Raditya Utomo, 30, dalam mode romantis, di mana dia menggoda minat cintanya sambil meluahkan lirik yang penuh dengan permainan kata tetapi mudah difahami terutama ketika dia beralih antara bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dengan mudah, sekali gus membayangkan tempat dia membesar di Los Angeles dan Jakarta.

"Saya memilih tema ini kerana saya ingin menunjukkan sisi lain dari Ben Utomo. Sisi sensitif Ben Utomo, yang juga dimiliki semua orang. Ini adalah kisah cinta biasa yang saya yakin ramai orang dapat kaitkan dan pernah lalui sebelum ini,” kata Ben mengenai lagu berkenaan yang turut mendapat kerjasama rakan muziknya, Leztey dan Abraham Kevin sebagai penulis lagu.

Sambung Ben, ”Saya sudah tahu saya mahu membuat lagu tetapi saya tidak tahu lagu apa. Oleh itu, saya memutuskan untuk terus ke studio dan teruskan dari sana. Sebaik sahaja saya tiba, saya langsung menemui getaran dan kami gabungkannya dalam masa beberapa jam.”



Berhubung penampilan Abraham Kevin, kata Ben beliau sudah lama mengenali Kevin dan mempunyai rancangan untuk membuat lagu bersama-samanya sudah sekian lama.

“Jadi saya merasakan ini adalah lagu yang sempurna untuk menampilkannya," tambah Ben.

Beilau berpendapat Kevin memiliki suara yang sempurna untuk menyampaikan apa yang ingin disampaikan dalam lagu berkenaan dan ternyata Kevin benar-benar membawa jiwa dan semangatnya ke dalam kerjasama tersebut.

Secara keseluruhan, "Izinkan" memantapkan status Ben Utomo sebagai salah satu artis hip hop paling serba boleh di Indonesia, dan membangkitkan keterujaan untuk album barunya yang akan datang pada tahun 2021 - tetapi penyanyi itu sendiri tetap merendah hati. 

"Sebenarnya saya tidak menaruh harapan lain untuk lagu ini melainkan agar orang dapat relate dengan apa yang saya cuba sampaikan," akhirinya. - KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: