KETUA Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata suspek menggunakan modus operasi  kereta mewah bagi mengaburi pihak berkuasa.


TINDAKAN licik dua lelaki membawa 128.78 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine menggunakan kereta mewah jenis Bentley terkantoi selepas dicekup oleh polis ketika sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Gopeng pada Rabu, 23 Jun 2021 lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, ketika pemeriksaaan dua lelaki berusia 41 dan 47 tahun kelihatan dalam keadaan mencurigakan sebelum polis menemukan dadah jenis methamphetamine bernilai RM6.4 juta yang dikesan disorok di dalam but kenderaan dikesan.

"Hasil pemeriksaan polis menjumpai 117 bungkusan teh Cina yang di dalamnya mengandungi 122.5 kg di ruang penyimpanan barang bahagian belakang kenderaan yang diubah suai.

"Pemeriksaan lanjut yang dijalankan oleh pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kampar ke atas kenderaan terbabit turut menjumpai enam bungkusan teh Cina yang di dalamnya mengandungi 6.28 kg di ruang penyimpanan tayar tambahan bahagian belakang kereta. Turut dirampas wang tunai bernilai RM3,390," katanya seperti dipetik Harian Metro pada Ahad, 27 Jun 2021.

Mior Faridalathrash berkata, kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar untuk siasatan lanjut dan ujian saringan air kencing mendapati suspek pertama positif dadah jenis methamphetamine dan suspek kedua negatif.

"Suspek berusia 47 tahun mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan dadah. Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari mulai 24 Jun sehingga 30 Jun (2021) dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dikenakan hukuman mandatori iaitu gantung sampai mati, jika sabit kesalahan," katanya.

Suspek menggunakan modus operandi memakai kereta mewah untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

"Kalau kita melihat sekali pandang memang tidak nampak dadah yang disimpan di dalam bahagian but kereta yang diubah suai, namun atas usaha pegawai berjaya membuka dan menjumpai dadah terbabit," katanya.

Hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek dari Johor dan bekalan dadah dipercayai untuk pasaran di utara. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


BUNGKUSAN teh Cina yang mengadungi 122.5kilogram dadah yang diletak di ruang penyimpanan barang di bahagian belakang yang diubahsuai. Kredit Foto Utusan

1
1
0
0
0

Copy Link: