Video| Sufian Suhaimi teringin nak kahwin? Rakan-rakan dah berumah tangga! Mungkinkah Jasmine Suraya?

Published by
KitaReporters


NAMA Sufian Suhaimi dalam bidang nyanyian sejak kebelakangan ini sedikit sepi namun masih lagi bergiat aktif dalam nyanyian. Lagu terakhir yang dikeluarkan adalah tajuk Budi berduet bersama Kmy Kmo dan Luca Sikta.  

Terbaharu, melihat rakan-rakan artis yang lain sudah berumah tangga, sudah tiba masa untuk dirinya melangkah mengikut jejak rakan yang lain untuk hidup berteman.  


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyanyi Sufian Suhaimi



Akan tetapi sebelum melangkah ke alam berumah tangga, Sufian dalam fasa untuk memastikan dirinya benar-benar bersedia dari pelbagai aspek agar beliau mengetahui tanggungjawab apabila bergelar suami nanti. 

Satu ketika dahulu, Sufian hampir menamatkan zaman bujang bersama pilihan hati namun apakan daya apabila suratan takdir tidak mengizinkan mereka bersama. Tidak lama selepas itu, penyanyi berusia 31 tahun mengeluarkan lagu bertajuk 'Di Matamu'. 

Menurut peminat, lagu itu seperti menggambarkan kisah percintaan mereka. Malah lagu tersebut juga diangkat selaku persembahan terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke-33. 



Ketika ini, beliau dikatakan sedang mengenali seorang gadis dan jika semua berjalan lancar, mungkin kedua-dua akan disatukan dengan ikatan sah. 

Sufian pernah beberapa kali membuat video muzik bersama pelakon, Jasmine Suraya dan mereka juga ada beberapa dikaitkan sedang bercinta. 

Apa pun, kita mendoakan yang terbaik untuk Sufian dan semoga semua dipermudahkan demi kebahagian semua pihak. - KitaReporters


Kredit foto: IG Sufian Suhaimi

16
20
0
13
0

Copy Link: