Rentetan kepada penularan pandemik COVID-19 yang semakin serius melanda negara sekarang, Planet Mahir Sdn Bhd, sebagai sebuah entiti korporat yang prihatin, dengan ini menawarkan langganan percuma bagi Kelas Digital Mahir Tutor kepada semua anak frontliners (barisan hadapan) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan bermula 22 Februari ini.

Ini adalah sebagai sumbangan kami kepada mereka yang sedang bertungkus-lumus berjuang, tidak kenal penat dan lelah untuk memastikan kita terpelihara daripada wabak virus yang berbahaya ini.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pembelajaran online:

https://kitareporters.com/search?search=pembelajaran+online



Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini akan dapat membantu anak-anak frontliners kita membuat ulang kaji pembelajaran dan membuat persiapan secukupnya bagi menghadapi peperiksaan SPM nanti.

Mahir Tutor merupakan kelas tuisyen digital video-on-demand (VOD) oleh Planet Mahir khas untuk calon SPM. 

Terdapat 10 subjek SPM yang ditawarkan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam, Sains, Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan. 

Semua kelas pembelajaran subjek-subjek ini telah dirakam bagi membolehkan pelajar mengikuti sebarang tajuk pembelajaran di mana sahaja, pada bila-bila masa. 

Anak-anak frontliners bolehlah ke laman web kami dia planetmahir.com untuk mengikuti kelas online percuma ini, atau hubungi kami melalui talian 011 2354 3133. - KitaReporters


1
1
0
0
0

Copy Link: