Gegar Vaganza (GV) dianggap program realitI nyanyian paling dinanti orang ramai kerana konsep pertandingan yang berbeza daripada program realitI nyanyian yang lain. 

Memasuki 10 tahun pengendaliannya, GV musim ke-10 pihak penganjur, Astro Ria ingin membuat kelainan dan lebih sensasi.

GV10 ini bukan mencari juara baharu, sebaliknya mempertanding 10 juara sejak 9 tahun lalu - sejak 2014 dengan dua juara semasa GV6 (2019). Ia menjadikan GV10 akan dikenali sebagai All Stars GV. 

Ia bakal bersiaran sebanyak 12 episod bermula Ahad 24 September 2023. 


Sepuluh juara Gegar Vaganza bakal bersaing bagi mencari yang paling juara

Hendak menyambut ulangtahun ke 10 GV, mengapa Astro Ria perlu mengadakan pertandingan seumpama ini. 

Tidak manis mempertanding juara dengan juara. Ini kerana corak persembahan mereka berbeza ikut musim. Seorang penyanyi menjadi ‘juara’ pada musimnya. Tak perlu bertanding lagi untuk menentukan siapa yang ‘paling juara’.

Mereka yang dipilih ialah Ayai Illusi (GV1), Siti Nordiana (GV2), Azharina Azhar (GV3), Datuk Aishah Arifin (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu & Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9).

Penyanyi mempunyai ego tersendiri. Sukar untuk menerima kekalahan sesama juara.

Tahniah kepada ‘kumpulan pemujuk’ yang berjaya memujuk ‘bintang’ untuk bersaing sesama mereka. Tetapi adakah mereka berpuas hati atau bakal timbul beberapa perkara berbangkit nanti?



Selain itu, pihak Astro Ria menambah jumlah peserta pertandingan melalui pemilihan hot seats (kerusi panas) berdasarkan peserta di tempat kedua, ketiga dan keempat setiap musim. Selama ini penjurian GV berdasarkan pemilihan juri sepenuhnya. 

Dalam  All Stars GV, pemilihan hot seats dibuat melalui undian orang ramai melalui undian di www gempak.com/gegarvaganza mulai 29 Ogos 2023 hingga 12 September 2023.

Mengapa perlu ada pemilihan orang ramai, sedangkan Gegar Vaganza sudah diketahui mengunakan pemilihan 100 peratus.

Mengapa tidak pilih kesemua pemenang kedua setiap musim iaitu Haleeda, Farahdiya, Liza Hanim, Dia Fadilla, Muss May, Nikki Palikat dan Bob Yusof. 

Sementara bagi GV3 boleh diganti pemenang ketiga, Zarul Umbrella bagi mengganti Allahyarham Siti Sarah. Sementara bagi GV6 boleh diganti kepada Jatt BDB kerana musim itu ada dua pemenang juara.

Jika All Stars GV hendak dijadikan istimewa, mengapa tidak jumlah pesertanya dinaikkan kepada 20 orang. Ini bererti jumlah peserta ditambah satu lagi atau wild card berdasarkan pemilihan juri tetap.

Walaupun jumlah peserta dinaik kepada 20 orang, minggu pertandingan tidak perlu ditambah. Ini kerana dalam minggu tertentu boleh berlaku dua penyingkiran, sehingga peserta ke peringkat akhir tetap 6 orang. 

Jika sistem ini diperkenal, bukan mustahil sebahagian peserta peringkat akhir, malah ‘juara’ All Stars GV adalah dalam kalangan naib juara bagi musim terdahulu. - KitaReporters


14
16
0
9
0

Copy Link: