Surat rentas negeri dipercayai palsu digunakan oleh suspek sewaktu ditahan di Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur.


POLIS menahan dua individu di Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur pada 26 April 2021 kerana mengemukakan dokumen rentas negeri dengan menggunakan kepala surat atas nama Istana Negara yang disyaki palsu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata,  wanita berusia 27 tahun serta lelaki berumur 47 tahun itu dilihat dalam keadaan mencurigakan pada jam 10.30 malam. 

"Sewaktu pemeriksaan, wanita tersebut telah serah tiga keping surat dokumen rentas negeri dipercayai palsu. Kepala surat menggunakan nama Istana Negara, Jalan Tunku Abdul Rahman, sekali gus menjelaskan kebenaran daripada Duli Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. 

"Surat tersebut juga menyatakan wanita berkenaan sebagai Datuk namun gelaran itu disyaki palsu. Lelaki yang turut ditahan merupakan anak saudaranya," katanya dipetik oleh Sinar Harian, 29 April 2021. 

Tambah beliau, semakan rekod jenayah ke atas wanita tersebut mendapati dia pernah terlibat dengan siasatan di bawah Seksyen 489(C) Kanun Keseksaan dan 420 Kanun Keseksaan pada tahun 2017 dan 2018. 

Katanya lagi, kedua-dua individu itu kini direman tiga hari bermula 27 April  2021 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

0
0
1
0
1

Copy Link: