30 LAGU BERENTAP PADA SEPARUH AKHIR MM34

Published by
KitaReporters
BAHANG kehangatan menuju pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) kian terasa apabila 30 buah lagu telah diumumkan layak ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik ke-34 petang kelmarin (6/11/2019), berlangsung di Balai Berita NSTP, Bangsar, Kuala Lumpur.

Antara penyanyi yang tersenarai sebagai calon ke Separuh Akhir Muzik-Muzik yang hadir pada sidang media di Balai Berita NSTP, Bangsar semalam. - Pix @tv3.


Persaingan 30 buah lagu bagi merebut 12 tempat di pentas AJL34 kelak bakal bermula pada 15, 22 dan 29 November 2019 ini.

Kesemua 30 buah lagu yang layak adalah hasil undian peminat sebanyak 40% dan penilaian juri profesional sebanyak 60% di carta Muzik Muzik (MM) 34. 

Setiap minggu sebuah lagu akan dipilih sebagai lagu terbaik, namun ia tidak menjaminkan bahawa lagu-lagu tersebut akan terus mara ke peringkat akhir AJL34 

Kesemua lagu berkenaan akan dinilai oleh 7 juri profesional bagi menentukan siapa bakal bertanding seterusnya di pentas AJL nanti. 

Tahun ini menyaksikan keseimbangan antara penyanyi lama dan baharu termasuk yang bergelar ‘BBNU” (Budak-Budak Baru Nak Up).


Antara 30 buah lagu yang layak bersaing di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 (SFMM34) meliputi “Anta Permana” (Dato Seri Siti Nurhaliza); “Ragaman" (Faizal Tahir); ‘Hatiku Milikmu’ (Siti Nordiana); “Jutaan Purnama" (Alyah) serta lagu-lagu popular terkini seperti ‘Sumpah” (Naim Danial); ‘Ku Bersuara” (Ernie Zakri), mahu pun “Aku Yang Bersalah’ nyanyian Usop Mentor.

Pun begitu yang menjadi tanda tanya dan persoalan tentu sekali lagu karya Hael Husaini dan Ezra Kong iaitu ‘Anta Permana’ nyanyian Siti Nurhaliza yang sah tidak akan menyanyikan lagu tersebut pada pentas separuh akhir SFMMM34 yang dijadualkan pada minggu ke-2 pada 22 November 2019 ini.


"Lagu ‘Anta Permana’ memang tidak akan dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza tetapi oleh penyanyi lain yang belum dimaklumkan. 

"Kami masih menunggu jawapan daripada komposernya serta pihak label muzik berhubung dengan siapakah yang layak sebagai penggantinya. Ia bukan di bawah bidang kuasa kami, “ ujar Penerbit Eksekutif Muzik-Muzik 34, Nurul Huda Khalid (gambar atas, tudung ungu) kepada media ketika ditemui.

Namun daripada pihak Siti Nurhaliza pula, inilah yang dikongsikannya melalui Instagram @ctdk:



Ada yang meramalkan Dayang Nurfaezah sebagai pengganti Siti Nurhaliza memandangkan Dayang sering berduet dengan Hael apatah lagi vokal Dayang memang tidak dapat dinafikan kerana merupakan pemenang vokal terbaik di AJL sebanyak tiga kali berturut-turut (AJL29-31).

Hael Husaini dan Dayang Nurfaezah. - Piz IG Hael Husaini.

Siapa pun pilihan Hael dan Ezra, sudah tentu lagu ‘Anta Permana’ menjadi saingan sengit pada 10 lagi calon separuh akhir minggu kedua kelak yang rata-ratanya hebat belaka antaranya Faizal Tahir, Hafiz Suip, Naim Danial mahu pun Ernie Zakri atau Adira sekali pun. 

Jadi sudah pasti mereka harus membuat pemilihan terbaik sebagai pengganti.

Dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Haziq Hussni. 


SFMM34 akan bersiaran secara langsung pada setiap hari Jumaat pukul 9.00 malam di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor malah jika anda tiada di rumah boleh sahaja menyaksikannya melalui strim langsung di saluran www.tonton.com.my.

Sementara itu, bagi peminat tegar yang mahu menyokong dan menyaksikan persembahan penyanyi pujaan mereka secara ‘live’ boleh mendapatkan tiket separuh akhir SFMMM34 pada 13, 20 dan 27 November ini seawal pukul 3 petang di kaunter pengawal Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Setiap penonton dihadkan maksimum 2 tiket untuk seorang sahaja memandang tiket agak terhad.

Lebih menarik lagi, Pentas SFMM34 setiap minggu bakal dimeriahkan oleh artis-artis ‘legenda’ seperti Ramlah Ram, Nora, Datuk Hattan, Zamani dan Kumpulan Shades.

Untuk rekod, Anugerah Juara Lagu mula diterbitkan oleh TV3 pada tahun 1986  di mana ketika itu Datuk Ahmad Merican selaku Pengurus Rancangan TV3 adalah perintis kepada rancangan Muzik Muzik (MM). 

Dari lagu-lagu yang dicalonkan dalam Muzik Muzik itulah dibawa dan disaringkan ke peringkat akhir untuk dinobatkan sebagai ‘Juara Lagu’.

Ini pula kata Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak berhubung AJL:

“Muzik  atau lagu merupakan sesuatu yang universal dan sering membuat kita merasai pelbagai jenis perasaan yang sukar untuk dijelaskan. Kadangkala apabila mendengar sebuah lagu, ia seakan-akan membuatkan kita berada di dalam sebuah cerita kerana lirik dan melodinya amat dekat dengan kita, Itulah keajaiban muzik. 

"Dengan itu, kami ingin terus memberikan pengiktirafan kepada para pemuzik khususnya pencipta lagu dan penulis lirik yang sentiasa berdedikasi untuk menghasilkan karya-karya terbaik serta menjadi inspirasi kepada para peminat muzik.”

Senarai lagu pada Minggu pertama ( 15 November 2019):


         Drama                          Drama Band
  1. Ku Bersuara                 Ernie Zakri
  2. Tiada Dirimu                Shila Amzah
  3. 123                                Khai Bahar
  4. Satukan Rasa               Siti Nordiana/Khai Bahar
  5. Terlalu Memuja           Wany Hasrita
  6. Hatiku Milikmu            Siti Nordiana
  7. Bidadari                        Ismail Izzani
  8. Aku Yang Bersalah     Usop
  9. Kepuraan Mu              Luqman Faiz
  10. Mencuba.                     Suffian Suhaimi

Senarai lagu pada Minggu kedua (22 November 2019):


  1.   Anta Permana             Dato Seri Siti Nurhaliza
  2.   Rampas                        Akim & The Majistret
  3.   Pujaan Hati                  Adira
  4.   Sumpah                        Naim Danial
  5.   Paku                              Ara Johari
  6.   Kisah Cinta Kita           Hafiz Suip
  7.   Teguh Setia                  Munah Shahirah
  8.   Ragaman                      Faizal Tahir
  9.   Pedih                             Sarah Suhairi
  10.   Bekas Kekasih              Tomok
  11.   Lembah Kesepian       Haqiem Rusli

Senarai lagu pada Minggu Ketiga (29 November 2019):


  1.   Dinda                    Kumpulan Masdo
  2.   Peneman              Hazama The Penglipur Lara
  3.   Bimbang               Marsha Milan
  4. ‘ Tetap Kamu          Amylea/Megat
  5.   Pudar                     Indah Ruhaila
  6.   Sumpah                 Aina Abdul
  7.   Bangun                  Aman RA
  8.   Jutaan Purnama   Datin Alyah 


Antara calon separuh akhir Muzik-Muzik 34, (dari kiri) Ara Johari Wany Hasrita, Adira dan Amylea serta lain-lain.

2
1
1
0
0

Copy Link: