Minat hadiri bengkel media! KUIPs anjur pada 25 April 2024! Belajar tulis berita, sunting gambar!

Published by
KitaReporters


Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) akan menganjurkan Bengkel Media pada 25 April 2024 di Auditorium kampus Kuala Perlis ini.

Pendaftar KUIPs Noor Azman Yusoff berkata, bengkel ini penting dalam membimbing peserta bagi menyediakan bahan berita dan gambar yang sesuai untuk hebahan dalaman atau pun kepada pihak media.
Katanya, peserta juga berpeluang untuk terus bersemuka dengan Editor KitaReporters, Gamal Nasir Mohd Ali.
“Kami melihat peluang bersemuka dengan pengarang dan berinteraksi nanti bukan sahaja bagi menghasilkan berita yang seperti dikhendaki oleh pihak media malah berpeluang juga menghantar berita ke KitaReporters untuk siaran nanti,” ujarnya lagi.


Beliau menambah walaupun pada peringkat awal pihaknya bercadang untuk menganjurkannya secara tertutup tetapi atas permintaan ramai, mereka yang berminat boleh menyertai dengan menghubungi talian 0142477966 (Muhamad Shazwan) dan 0135385280 (Nurwajihah) untuk keterangan lanjut.
Peserta bengkel ini bukan sahaja dapat berkongsi maklumat mengenai penulisan berita dan penyuntingan gambar malah dapat memohon sebagai penulis sambilan dengan KitaReporters nanti. - KitaReporters

12
14
0
10
0

Copy Link: