Nama Bob Lokman (Mohd Hakim Lokman), 58,  merupakan salah satu nama besar dalam persada seni tanah air.

Walaupun pernah berlakon dan berlawak dan pernah menjadi juri program Raja Lawak, namun namanya lebih dikenali sebagai penulis lirik berwibawa.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Allahyarham Bob Lokman


Dari menjadi penjual tembikai, Bob yang berminat dengan muzik rock cuba rapat dengan kumpulan Wings. Dan kerana kepetahannya bercakap dan ceria membolehkan dia dilantik sebagai pengurus Wings.

Mengetahui kebolehannya dalam bidang penulisan, kumpulan Wings memberi peluang dia menghasilkan dua lagu iaitu ‘Intanku Kesepian’ 1987 dan ‘Taman Rashidah Utama (1988).

Namun nama Bob menyerlah sebagai penulis lirik selepas menghasilkan lirik lagu fenomena ‘Isabella’ ciptaan dan nyanyian kumpulan Search pada 1989.

Kekuatan lagu ‘Isabella’ bukan hanya pada melodinya, mahan dibantu oleh kekuatan liriknya memuja seorang wanita dihasil oleh Bob. Kekuatan lagu ‘Isabella’ membolehkan Search mencipta nama di Indonesia.



Selepas ‘Isabella’ Bob menghasilan beberapa lirik lagu seperti ‘Segalanya Ku Terima’ (Illusi) 1988, ‘Memburu Rindu’     

(Hattan) 1991, ‘Kerana Cinta’ (Exists) 1991 dan ‘Rendang Tak Berbuah’ (Hattan) 1996.

Mulai 1996, Bob memperkembang bakat seninya dengan menjadi pelakon filem dan drama TV.

Filem pertama lakonannya ialah ‘Yes Tuan! (1996), dikuti ‘Iskandar’ (2003), ‘Jin Notti’ (2009), ‘Santau’ (2009), ‘Zoo’ (2010), ‘Mantra’ (2010) dan ‘Sekali Lagi’ (2011) yang merupakan filem terakhirnya.

Bagi lakonan TV, Bob pernah terlibat dalam ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu' (1996), ‘2t1.com.my ( 2001), Taksi Tunai (2007) dan ‘Tentang Bulan The Series (2008).


Jenazah Bob Lokman dikunjungi saudara mara dan sahabat handai di rumahnya.

Kerana cita-citanya untuk menjadi wakil rakyat sejak muda, Bob menjadi ahli PAS

Pada 19 Februari 2011, Bob Lokman menyerahkan borang menjadi ahli PAS. Sejak itu dia aktif melakukan ceramah untuk parti politik itu dan mula meninggalkan bidang seni.

Bagi meneruskan kehidupan Bob menjalankan perniagaan makanan di Shah Alam dan kemudian berjualan menggunakan kereta. 

Kerana kesihatannya mula semakin memburuk, Bob mengambil keputusan kembali ke kampungnya di Kubang Kerian, Kelantan dan membuka perniagaan makanan di sana.



Tetapi sejak tahun 2021 kesihatan Bob semakin memburuk dengan sering keluar masuk hospital. Pada Jun 2022,

Bob turut mendedahkan bateri jantungnya hanya berbaki 10 peratus dan boleh pergi menghadap Ilahi pada bila-bila masa.

Dan Bob Lokman yang merupakan cicit ulama terkenal di Kelantan, Tok Kenali  ini dipanggil Illahi pada hari Jumaat, 23 September 2022 jam 3 petang  akibat komplikasi jantung di kediamannya di Kubang Kerian.

Jenazahnya dikebumi selepas solat isyak malam tadi, 23 September 2022 di Tanah Perkuburan Islam Pulau Hilir, Kubang Kerian.

Sebelum meninggal, Bob ada meminta isterinya Relawati Daud dan anak-anak meneruskan perniagaan makanannya. - KitaReporters


11
10
0
11
0

Copy Link: