Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN (JPKD) Penggaram, Batu Pahat, Johor menyumbangkan bakul makanan dan wang tunai kepada pusat tahfiz.


DALAM kesibukan mengadakan program membantu pelbagai lapisan masyarakat yang memerlukan bantuan terutama dalam situasi pandemik Covid-19 sekarang, Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN (JPKD) Penggaram, Johor tidak lupa untuk menyantuni pusat tahfiz di Batu Pahat pada 12 September 2021 lalu.

Dalam program Sepakat@Komuniti  JPKD Penggaram bersama-sama Pejabat Penerangan Batu Pahat dan Biro Kebajikan UMNO Batu Pahat itu mengagihkan 100 bakul makanan kepada tiga pusat tahfiz iaitu Madrasah Tahfiz Lim Poon di Penggaram, Tahfiz Al-Jauhir di Senggarang dan Tahfiz Al-Quran Al-Bukhairi di Rengit.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan JPKD Penggaram

Pengerusi JPKD Penggaram, Zaidi Japar (tengah) bersama-sama ahli Nona Penggaram menghulurkan sumbangan bakul makanan dan Jalur Gemilang kepada Pasukan Bomba Sukarela Parit Tengah, Batu Pahat, baru-baru ini. 


Pengerusi JPKD Penggaram, Zaidi Japar yang mengetuai kunjungan dalam program itu turut menyumbangkan wang tunai kepada pusat tahfiz yang dilawati selain mengedarkan 100 bendera Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2021 ini.

Zaidi berkata, selain pusat tahfiz berkenaan program itu turut mengagihkan 100 bakul makanan dan Jalur Gemilang kepada dua Balai Bomba di Jalan Timah Sari dan Rengit serta dua pasukan bomba sukarela di Senggarang dan Rengit.

Menurutnya, program itu diharapkan dapat menyemarakkan lagi sambutan Hari Malaysia dan bakul makanan itu bertujuan meringankan bebanan mereka yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pandemik Covid-19.


JPKD Penggaram amat menghargai sumbangan dan bakti barisan hadapan pandemik Covid-19 termasuk anggota bomba.


“Program ini juga sebagai penghargaan tidak terhingga kepada barisan hadapan pandemik Covid-19 seperti anggota bomba yang senantiasa gigih dan dedikasi memikul tanggungjawab bersama pasukan keselamatan lain bagi menyekat penularan wabak berbahaya itu.

“Saya bersyukur kerana program ini berjalan lancar hasil kerjasama pelbagai pihak khusus Pejabat Penerangan, Biro Kebajikan UMNO Bahagian Batu Pahat, Nona Penggaram serta kepemimpinan Ahli Jawatankuasa JPKD Penggaram,” katanya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat.


Hamidi Mat Tap (kanan) menyerahkan kerusi roda kepada Mohd Ismail Na'Aim.


Sementara itu dalam majlis berasingan, Pengerusi Teraju Kebajikan UMNO Bahagian Batu Pahat, Hamidi Mat Tap, mengagihkan bakul makanan sumbangan Ketua UMNO bahagian berkenaan, Datuk Mohd Puad Zakashi kepada keluarga Orang Asli Koris yang memeluk agama Islam menerusi Unit Dakwah Pejabat Agama Islam daerah Batu Pahat.

Hamidi berkata, bersama-sama ahli UMNO bahagian itu mereka turut menghantar kerusi roda yang permohonannya dikemukakan oleh Ketua Pemuda UMNO bahagian berkenaan, Hamzah Jani, untuk kegunaan seorang penduduk Kampung Parit Botak, Senggarang, Mohd Ismail Na’Aim berulang ke hospital bagi mendapatkan rawatan.


Keluarga Orang Asli Koris menerima sumbangan bakul makanan yang diagihkan oleh UMNO Bahagian Batu Pahat.


Menurutnya, dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Happy Care selepas dimaklumkan seorang penduduk Yaman Basiran, katil perubatan dan pampers pakai buang dapat dibekalkan kepada seorang warga emas di Kampung Sungai Kluang Darat, Rengit, Dasiron Munari yang uzur.

“Kita akan senantiasa peka dengan masalah rakyat dan akan segera menghulurkan bantuan apabila dimaklumkan tanpa mengira bangsa dan agama demi kebaikan semua pihak dan rasa bertanggungjawab  terutama dalam PKP pandemik Covid-19 sekarang,” kata Hamidi yang juga Pengerusi Kebajikan JPKD Penggaram. - KitaReporters


Dasiron Munari (duduk) berasa terharu menerima bantuan katil perubatan dan bakul makanan yang disampaikan Mohd Hamidi.

24
16
0
15
0

Copy Link: