Video| Kebanggaan wanita, Islam! Sultana Tafadar peguam cara jenayah bertudung pertama jadi QC!

Published by
KitaReporters


ISU diskriminasi terhadap kaum wanita Islam yang berhijab seperti perkara yang tidak terlepas menjadi isu dan kontroversi di Barat hampir setiap masa.

Namun baru-baru ini, tercipta sejarah baharu apabila seorang wanita Islam berhijab dilantik sebagai Peguam Diraja (QC), ‘Penasihat Baginda Ratu Permaisuri yang dipelajari dalam undang-undang’, sebuah jawatan tertinggi dalam profesion peguam.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan wanita hebat


Sultana Tafadar yang dilantik ke jawatan berkenaan kini merupakan peguam cara jenayah pertama bertudung di dunia yang jadi QC.

Sebelum pelantikan Sultana, belum ada lagi peguam cara jenayah yang pernah dilantik menjadi Penasihat Diraja.

Kongsi wanita hebat tersebut, sebelum ini pelbagai cabaran yang terpaksa diharungi terutama melibatkan diskrimasi terhadap Islam dan wanita berhijab.

“Pelbagai cabaran yang perlu saya harungi di mahkamah, di tempat kerja saya sebelum ini.

“Tetapi saya gembira untuk mengatakan bahawa adalah mungkin untuk mengatasi cabaran tersebut dan adalah mungkin dengan peluang yang ada untuk bersinar,” kata wanita bertudung pertama dilantik menjadi peguam cara jenayah sebagai QC.



Lulusan Ijazah Sarjana Hak Asasi Manusia Antarabangsa dari Universiti Oxford itu berkata, kesukaran yang dihadapi wanita bertudang kini merupakan diskriminasi terutama yang dihadapi di kota besar seperti Perancis.

Malah, beliau kini merupakan antara mereka yang sedang mengambil tindakan undang-undang bagi menamatkan pengharaman bertudung di Perancis.

Lebih menarik, wanita hebat itu juga dijangka akan membawa perkara ini kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2022 ini selain berhujah bahawa kerajaan Perancis melanggar undang-undang antarabangsa.

Perancis mahu mengenakan pelbagai bentuk larangan bertudung dan itu adalah sama dengan diskriminasi jantina, diskriminasi kaum dan diskriminasi agama,” kongsinya.



Mengulas mengenai kerjaya yang disandangnya, Sultana berkata, Peguam Diraja (QC) adalah seseorang peguam cara atau peguam bela yang diiktiraf kecemerlangannya dalam advokasi.

Mereka sering dilihat sebagai pemimpin dalam bidang undang-undang dan biasanya mengambil kes yang lebih kompleks yang memerlukan tahap kepakaran undang-undang yang lebih tinggi.

Malah, Majlis Agung Badan Peguam mendedahkan, sebelum pelantikan Sultana Tafadar sebagai peguam cara jenayah, hanya ada 31 orang wanita berkulit hitam, Asia atau wanita warisan etnik campuran daripada kira-kira 2,000 calon dilantik menjadi Penasihat Diraja itu

Wow! Tahniah Sultana, kebanggaan kaum Hawa! - KitaReporters

20
10
0
17
0

Copy Link: