Ketika banjir melimpah-limpah, tiba-tiba taman tema tak ada air! Kena patah balik masa naik gelongsor!

Published by
KitaReporters


CUTI sekolah yang sedang dinikmati oleh pelajar sekolah diguna sebaik mungkin oleh ibu bapa untuk berjalan dan dinikmati dengan membawa anak-anak bermain taman tema air atau ke tempat yang menarik untuk kanak-kanak.

Ada juga ibu bapa yang mengambil cuti ini untuk membawa anak pulang ke kampung halaman. Oleh itu, kita boleh melihat posting dalam media sosial yang memaparkan percutian ini dengan gelagat atau telatah masing-masing.

Sebuah video seorang pemuda yang sedang bermain taman tema dilihat dalam TikTok sedang bermain gelongsor air tiba-tiba tersekat kerana bekalan air yang memberikan aliran pengguna tiba-tiba terputus.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan taman-taman tema


Disebabkan itu, video ini meraih perhatian netizen kerana pemuda ini dilihat terpaksa membawa pelampung itu naik semula ke atas dengan berjalan kaki kerana tiada air.



Rata-rata netizen terhibur melihat pemuda ini terpaksa berpatah balik disebabkan masalah tiada air. Bukan itu sahaja, mereka juga menyatakan pernah terjadi sebegini kepada mereka. 



Mesti sedih kan sebab dapat main separuh jalan sahaja!


 

9
6
0
10
0

Copy Link: