Berita Terkini| ATM pertimbang cadangan tambah jawatan doktor dalam tentera! Tambah 300 lagi!

Published by
KitaReporters

Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Leftenan Jeneral Datuk Dr Md Amin Muslan. Kredit Foto Bernama.


ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) sedang mempertimbang untuk menambah kuota perjawatan baharu melibatkan doktor ketenteraan dalam usaha mewujudkan gabungan anjal antara pasukan angkatan tetap dan simpanan pada masa akan datang.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Leftenan Jeneral Datuk Dr Md Amin Muslan berkata, permohonan bagi menambah kuota perjawatan melibatkan doktor ketenteraan adalah tertakluk kepada prosedur dan fasa yang ditetapkan.

“Kita faham hal perjawatan menjadi cabaran. Tapi perkara ini sedang diteliti untuk tindakan masa depan,

"Perkara itu akan dibincang dengan pihak pengurusan tertinggi Kementerian Pertahanan dalam masa terdekat,”  katanya yang dipetik Sinar Harian di Kuala Lumpur pada 5 April 2021.

ATM bercadang menambah kuota berkenaan dan pada masa sama, melihat ke arah pembangunan pasukan simpanan sedia ada yang membabitkan doktor dan paramedik. 

Tegas beliau data semasa menunjukkan 300 orang pegawai perubatan atau doktor tentera yang berkhidmat dalam ATM buat masa ini tetapi  mahu menambah lebih ramai dalam perjawatan itu. 

"Kita menyasarkan 300 perjawatan baharu (dalam perkhidmatan kesihatan ATM) yang memadai dan bertujuan untuk membantu Kementerian Kesihatan.

“Jika khidmat ATM diperlukan dan boleh disalurkan untuk membantu mereka di Kementerian Kesihatan tanpa sebarang batasan," katanya. - KitaReporters

SENTIASA memberi perkhidmatan kepada rakyat. Kredit Foto Freemalaysiatoday.com. 

2
0
0
0
0

Copy Link: