Kakitangan Quzni sedang menyusun Pau Landak untuk dijadikan Jalur Gemilang.

Oleh LIEYANA TEO MOHD ZULKIFLI TEO


Seramai 12 kakitangan perusahaan produk Quzni Sdn Bhd Kuala Terengganu menghasilkan gubahan bendera Jalur Gemilang Pau Landak sempena FAMA Fest Terengganu 2023 di Kuala Terengganu City Centre (KTCC Mall) yang akan diadakan pada 25 sehingga 29 Ogos 2023 ini.

Anak muda berusia 28 tahun, Engku Adzhar Engku Mohamad Nor Azlan dari Kampung Banggul Pauh, Jalan Bukit Tok Beng, Kuala Nerus berkata, mereka mengambil masa tujuh jam untuk menyusun 400 kuih pau untuk dijadikan Jalur Gemilang.

“Pau yang telah dimasak selama tujuh jam itu kemudiannya mengambil masa 30 minit lagi untuk disusun dan digubah sebagai bendera Jalur Gemilang,’ ujarnya lagi.



400 biji kuih pau sedang disusun untuk dijadikan Jalur Gemilang.


Ahli Usahawan Belia Sejahtera bimbingan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Negeri Terengganu dan Alumni Usahawan Agropreneur Muda MARDI 2022 (AGORA 30) ini juga pernah bersama delegasi Universiti Utara Malaysia (UUM) ketika Persidangan Antarabangsa Pengurusan dan komunikasi (ICMC) 2023 anjuran universiti ini di Hotel Kuala Terengganu pada 1 Mac 2023 lalu.

Engku Azhar menambah, idea untuk menghasilkan Pau Landak ini adalah daripada ibunya Mazni Abdul Rahman yang merupakan pengasas produk Quzni. 

Anak keempat daripada enam beradik ini yang mula menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dan perniagaan ini berkata, gubahan pau dari bendera Jalur Gemilang ini akan disajikan kepada pengunjung pada hari akhir pameran nanti.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan  membeli dan merasa sendiri Pau Landak berinti nasi dagang, kacang, sekaya dan kelapa ini pihaknya membuka tempahan dan jualan sepanjang karnival. - KitaReporters


Engku Adzhar Engku Mohamad Nor Azlan (tengah) dari Kampung Banggul Pauh, Jalan Bukit Tok Beng, Kuala Nerus bergambar selepas penghasilan Jalur Gemilang.


Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UUM, Prof. Dr. Shahimi Mohtar (kiri) bersama Engku Adzhar Engku Mohamad (tengah) dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

15
8
0
13
1

Copy Link: