Video| Siti Saroyah guru sementara berdedikasi! Hamil! Sanggup mengajar atas sampan! Bahaya buaya

Published by
KitaReporters

Siti Saroyah (kanan) atas semangat sebagai guru tetap mengajar dalam sampan walaupun berisiko dibaham oleh buaya. -  Kredit foto: Tribun Jabar.


Di Indonesia, kedudukan guru sementara (disebut guru honorer) kurang diberi perhatian terhadap kebajikan mereka. Kebanyakan mereka di tempat di kawasan luar bandar atau kawasan terpencil.

Dan dengan gaji sekitar Rp300 ribu hingga Rp400 ribu (sekitar RM100 hingga RM120) sebulan, ia cukup menyeksakan mereka untuk meneruskan kehidupan.

Namun menyedari tugas mereka untuk mendidik, sebahagian guru sementara ini tetap menjalankan tugas sebaik mungkin dalam serba kekurangan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan cikgu


Kisah seorang guru sementara bernama Siti Saroyah, 27, di Sukabumi, Jawa Barat boleh menjadi cerita inspirasi. Sebabnya, guru ini tetap bersemangat mengajar para anak muridnya walaupun dilakukan di atas sebuah sampan.

Bahkan, bahaya sentiasa mengintai lantaran mengajar di atas sampan di muara Sungai Cikaso yang banyak buayanya. Silap-silap dia dan anak muridnya dibaham sang bedal itu.

Siti Saroyah mengajar sejak 3 tahun lalu di Sekolah Menengah Pertengahan (SMP) 4 Cibitung, Dusun Ciloma, Kecamatan (Daerah) Cibitung, Kabupaten (Kota) Sukabumi.


Ketika Covid-19 melanda kerajaan Indonesia mengalakkan pembelajaran secara dalam talian (online) selain pembelajaran secara bersemuka.

Namun Siti Saroyah menghadapi masalah mengadakan pembelajaran dalam talian. Ini kerana sebahagian murid-murid tidak mempunyai peranti berhubungan Internet seperti telefon pintar, tablet dan laptop kerana kedudukan ekonomi keluarga.

Dan jika ada perantinya ia tidak dapat diguna kerana masalah isyarat memandangkan dia mengajar di kawasan terpencil.

Lalu Siti Saroyah mengambil pendekatan mengajar murid-muridnya di atas sampan di muara Sungai Cikaso. Langkahnya itu dipesetujui murid-muridnya.



Namun pembelajaran yang dianggap unik itu dan berisiko tinggi tinggi, dibaham sang bedal kerana sungai itu didiami sejumlah buaya dan beberapa penduduk pernah dibaham.

Siti Saroyah yang juga dilaporkan sedang hamil tahu risiko itu namun tetap tabah mengajar di dalam sampan yang sentiasa terdedah dibaham oleh sang bedal.

Namun Siti Saroyah tetap berharap agar kerajaan memberi perhatian serus terhadap guru sambilan dari segi gaji, tempat tinggal lebih selesa dan kenderaan motosikal.

Kebajikan kurang selesa dialami guru sementara di Indonesia sejak sekian lama. Mereka biasanya perlu berkhidmat di kampung atau kawasan terpencil dengan gaji bulanan sekitar Rp300 ribu (RM100).

Kini para guru sementara ini mendesak kerajaan memberi kebajikan lebih baik. Ia meliputi kenaikan gaji, elaun perumahan dan kemudahan kenderaan roda dua. - KitaReporters

0
0
0
0
0

Copy Link: