Gadis berasal dari Taiping, Perak ini menceritakan masalah yang dihadapinya kepada Uncle Kentang dalam pertemuan di tangga bangunan Kompleks De Centrum di Kajang, Selangor. - Kredit foto FB Kuan Chee Heng .


KEBELAKANGAN sekarang ini kita sering didedahkan dengan kisah-kisah sedih yang menimpa ahli masyarakat melalui berbagai paparan saluran berita termasuk dalam media-media sosial.

Antaranya diusir kerana gagal menjelaskan sewa rumah, kelaparan tidak ada bekalan barangan makanan, tidak dapat bekerja kerana penyakit, tiada wang untuk baiki kenderaan rosak untuk bekerja. Juga tidak kurang yang tidak ada sumber pendapatan  kerana tidak berkerja atau diberhentikan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Uncle Kentang


Gadis berkenaan menunjukan WhatsApp yang dihantar oleh tuan rumah bahawa dia bakal diusir kerana gagal menjelaskan bayaran sewa rumah. 


Salah satu antara cerita sedih tersebut melibatkan seorang wanita yang terpaksa berlapar hanya sarapan pagi dengan mi segera dan makan nasi putih berlauk telur, manakala wantu tengah hari langsung tidak menjamah makanan.

Ini disebabkan sudah tidak mempunyai wang kerana tidak lagi bekerja berpunca motosikal yang digunakan untuk urusan kerja rosak tanpa dapat dibaiki kerana tiada wang.

Malahan gadis berusia 27 tahun yang sebelum ini bekerja sebagai cleaner (pencuci) bakal diusir kerana tidak lagi mampu membayar sewa rumah di mana dia tinggal.

Sebenarnya, sebelum ini beliau banyak menghabiskan wang gaji selalu berulang alik ke kampung di Taiping, Perak kerana menziarahi ibunya yang mengalami strok.

Sehubungan itu, gadis  berkenaan kini dalam usaha mencari pekerjaan untuk membolehkannya memperolehi sumber pendapatan bagi menyara kehidupannya.

Beliau merayu mana-mana pihak yang ada peluang pekerja bolehlah ditawarkan kepadanya dalam usaha membantu dia mendapatkan sumber pendapatan bagaimana pun jika boleh biarlah disediakan sekali tempat penginapan untuknya tinggal.


Cerita sedih seorang wanita Melayu yang dipaparkan melalui laman sosial FB Uncle Kentang.


Jika ada peluang gadis ini ingin bekerja di restoran atau kedai makan yang menyediakan sekali tempat penginapan bagi memudahkan dia tinggal. Malahan beliau juga sanggup bekerja membersih rumah orang atau pejabat.

Paparan ini dicatatkan oleh seorang aktivis masyarakat Kuan Chee Heng atau lebih dikenali Uncle Kentang dalam media sosial FB beliau pada Sabtu 10 April 2021 setelah menemui gadis tersebut di pusat beli belah De Centrum, Kajang.

"Jika ada pihak yang memerlukan pekerja bolehlah menghubungi saya melalui telefon 012 2732148 untuk diberikan kerja tersebut kepada gadis yang sedang mencari pekerjaan jika ia bersesuaian," katanya.

"Dalam keadaan hari semakin gelap, gadis berkenaan menceritakan keadaan kesusahannya hingga menitiskan air mata. Kami hanya duduk di tangga Kompleks De Centrum tanpa ada kerusi dan meja," tulis Chee Heng.


Uncle Kentang mendengar dengan teliti kisah sedih wanita 27 tahun yang menghadapi masalah kewangan kerana tidak bekerja dan bakal diusir kerana gagal menjelaskan sewa rumah tempat dia tinggal.


Ketika ditanya apa yang dia makan hari ini,dia menjawab mi segera ketika sarapan pagi dan semalam nasi putih berlauk telur, manakala tengah hari tidak makan.

Beliau juga dengan nada mengeluh dan air mata bertitisan menunjukan WhatsApp dihantar oleh tuan rumah yang menyatakan dia bakal diusir kerana tidak dapat menjelaskan bayaran sewa.

Wanita itu memberitahu, dugaan betul, poket kini kosong, rezeki terputus kerana motosikal rosak tidak ada duit membaikinya untuk pergi kerja.

Uncle Kentang sedih melihat keadaan beliau dengan susuk badan yang kurus terpaksa pula menghadapi masalah putus kewangan tidak bekerja, ditambah dengan ibu di kampung mengalami strok.

Melalui aduan tersebut, beliau akan menghantar bekalan makanan melalui petugasnya di samping mengarahkan mereka menghantar motosikal yang rosak ke bengkel untuk dibaiki. - KitaReporters


Pada pertemua itu Uncle Kentang memberikan sedikit bantuan untuk membolehkan gadis tersebut membeli barangan keperluan untuk makan.

1
0
5
0
0

Copy Link: