Wow! Sedekah luar biasa! Insan sedekahkan gelang pulut dakap 12g, kepingan emas 1g untuk masjid

Published by
KitaReporters

SEDEKAH bukan sahaja dapat menghapuskan dosa tapi lebih hebat hartanya tidak akan berkurangan. - Kredit Foto harianislam.com.


SEDEKAH adalah amalan yang mulia. Sedekah dengan ikhlas akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita. Kerana setiap perbuatan baik akan dibalas dengan perkara yang baik juga. Malah, pelbagai cara boleh kita lakukan untuk bersedekah, bukan sekadar wang ringgit sahaja tapi barangan lain juga boleh disedekah asalkan niat kita suci dan ikhlas.

Terbaharu tular dalam media sosial apabila seorang individu yang berhati mulia menghulurkan sedekah dengan cara unik dan jarang dilakukan oleh orang lain.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan sedekah:

https://kitareporters.com/search?search=sedekah



SEDEKAH seutas gelang jenis pulut dakap dan ketulan emas seberat satu gram diinfaqkan kepada masjid. - Kedit Foto Facebook Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan.


Kejadian yang berlaku di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, Pahang ternyata unik dan pihak pengurusan masjid menerusi Facebook rasmi masjid berkenaan berkongsi pemberian berkenaan.

Penyumbang berkenaan menyerahkan sedekah berkenaan dalam bentuk emas iaitu seutas rantai tangan pulut dakap eksklusif seberat 12 gram dan kepingan emas 999.9 seberat 1 gram.

Masya-Allah mulianya hati penyumbang ini!

Pengurusan masjid kemudian berkongsi kebaikan individu berkenaan dengan memuat naik pemberian berkenaan di Facebook rasmi sambil menyatakan penghargaan dengan keihlasan pemberian berkenaan.


SEMOGA pahala berteruskan kepada penyumbang selain dipermudahkan urusan.


Kalau ditukar dengan nilai wang ringgit mesti mahal dan berharga.

Murahnya hati penyumbang berkenaan.

Malah dalam perkongsian dalam Facebook berkenaan, pihak masjid menyatakan pemberian sedekah daripada individu budiman berkenaan akan disalurkan kepada keperluan anak-anak yatim.



Alhamdulillah semoga pahala kepada si penyumbang terus mengalir.

Ingatlah janji Allah yang pertama bagi orang yang rajin bersedekah adalah sedekah itu dapat menghapuskan dosa orang yang mengerjakannya.

Malah lebih hebat harta bagi individu yang rajin bersedekah tidak akan berkurangan meskipun disedekahkan semuanya.

Semoga penyumbang yang budiman itu sentiasa dalam rahmat Allah dan dipermudahkan urusan di dunia dan juga di sana nanti. - KitaReporters


Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan. - Kredit foto: FB Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 Kuantan 

2
2
0
0
0

Copy Link: