"My dearest Olivia, you made all of our lives so much better. Your impact was incredible. I love you so much. We will see you down the road and we will all be together again. Yours from the first moment I saw you and forever! Your Danny, your John! " Ini catatan perpisahan John Travolta kepada Olivia Newton John dalam Instagramnya.

"Sayangku, Olivia. kamu membuat hidup menjadi sangat hebat. Kesan legasi lakonan kamu luar biasa. Sayang kamu sangat-sangat. Nanti kita 'jumpa' lagi dan bersama balik. Milikmu kekasihku, sejak kali pertama bertentang mata denganmu dan selamanya. Kekasihmu Danny, John kamu."

Nota cinta terakhir daripada Danny itu mengiringi kepermergian 'kekasihnya' Sandy. Terungkai sudah kasih sayang antara Danny lakonan John Travola kepada kekasihnya Sandy (Olivia) dalam filem megablockbuster Grease pada tahun 1978 yang menjadi fenomena sedunia aksi filem romantika tarian.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan John Travolta



Olivia Newton-John meninggal dunia pada usia 73 tahun pada 8 Ogos 2022 akibat barah payudara tahap keempat yang dideritainya sejak 2018. Mula barah itu dikesan pada tulang belakangnya pada 1992. 

Sejak itu dia menjalani terapi hormon dan menggunakan pelbagai kaedah perubatan tradisional seperti herba termasuk menggunakan marijuana untuk menghilang kesan rawatan.

"Saya sangat terhutang budi pada suami yang sanggup mengusahakan pelbagai penawar termasuk menanam marijuana ini untuk menghilang rasa sakit dan ubat untuk mudah tidur," katanya.

Olivia pernah kehilangan adiknya, Rona pada 2013, yang meninggal dunia selepas enam minggu saja didiagnosis dengan penyakit barah otak.


Kredit foto: USA Today


Seperti mana Olivia, Travolta juga kehilangan isterinya, Sally Preston yang meninggal dunia akibat penyakit sama selepas dua tahun menderita barah. Sally meninggal dunia pada usia 57 tahun pada 12 Julai 2020.

Oliva dan Travolta ditemukan dalam filem itu pada 1978 ketika usia Olivia, 29 tahun. 

"Satu-satunya filem yang saya rasa bertuah sebab bukan mudah menjadi seorang remaja dan menjadi sebahagian legenda. Tidak terbayang filem itu menjadi kegemaran selama 40 tahun dan masih lagi popular. Bila orang ingatkan saya tentangnya dan masih minat." kata Olivia kepada CNN pada 2017.



Bagi remaja pada tahun 1978 mesti teruja bila menonton sebuah filem yang mengisahkan seorang gadis 'kampung' (Olivia-Sandy) yang  'lurus bendul' dari Australia bertemu dan bercanda dengan Danny di tepian pantai yang digambarkan sebagai pemuda 'baik' perangainya. 

Tiba-tiba boleh terkejut, apabila terbongkar siapa lelaki itu sebenarnya bila Sandy menyertai program pertukaran pelajar di sebuah sekolah, Selatan California. Kisah romantik penuh dengan aksi tarian dan lagu-lagu popular "Summer Nights", "You're The One I Want" dan "Hopelessly Devoted To You" dengan suasana yang digambarkan berlaku dalam dekad 1950-an.



Sehari sebelum meninggal dunia, Olivia dengan suaminya, John Easterling memuat naik gambar dalam Instagram dan ketika mengumumkan kematian itu, suaminya menulis, isterinya menghembuskan nafas terakhir di California dengan dikelilingi ahli keluarga dan sahabat handai.

Dalam Instagram dengan nota  '#flashbackfriday'. dia memberitahu Olivia meninggal dunia melawan penyakitnya selama berdekad lama (30 tahun) . 



Ketika memberi komen mengenai gambar mereka berpelukan itu, orang pertama ialah penyanyi kelahiran Australia, Delta Goodrem dengan catatan "Sangat cantiknya."

Manakala ada beberapa netizen lain turut mendoakan kesihatannya, sambil memberitahu, "Awak sentiasa dalam doa kami. Cinta dan harapan."

Seorang lagi menulis, "Sentiasa dalam ingatan dan doa dan harapan dari Selatan Perancis." 

Olivia berkata dia hidup dengan bahagia sepenuhnya, miliki suami yang hebat, kerjaya yang bagus dan anak yang berkebolehan meneruskan legasinya. Dia menghasilkan buku Olivia Newton-John, Don't Stop Believin.




Ketika filem Xanadu, Olivia bertemu aktor Matt Lattanzi dan memperolehi Chloe Lattanzi sebelum mereka bercerai pada 1995 selepas 10 tahun berkahwin. Dan pada 2008, dia berkahwin dengan John Easterling, seorang ekousahawan. 

Dalam Instagram pada 5 Ogos, 2022 anaknya, Chole Lattanzi, 36, berkata, "Saya sangat memuja dan menyayanginya. Dia ibu dan kawan akrab. Dia dunia saya," katanya yang turut merakamkan album duet dengan ibunya setahun sebelum itu, “Window in the Wall,” . Album mengenai suka duka menempoh waktu sulit mereka.

Olivia berkata,"Satu-satunya orang saya rasa terbaik untuk berduet ialah Chloe sebab lirik sangat peribadi, " katanya kepada Entertainment Tonight in 2021. - KitaReporters


"Dancing With The Stars" Season 21 - October 19th, 2015


Selamat jalan Olivia Newton-John


14
11
0
13
0

Copy Link: