Polis kini sedang jalankan siasatan lanjut berhubung kes penemuan bayi perempuan ini. Kredit foto: orang awam


SEORANG bayi perempuan masih bertali pusat ditemui dalam sebuah kotak yang ditinggalkan di sebuah pondok bas di Felda Sri Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan pada pagi 14 Jun 2021.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata ketika ditemui bayi dianggarkan berusia dua hari itu berada dalam keadaan sihat.

“IPD Seremban terima maklumat berhubung penemuan seorang bayi perempuan di pondok bas berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Sri Sendayan jam 11.58 pagi.

“Berdasarkan siasatan awal polis masih belum dapat pastikan bangsa bayi tersebut yang telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini untuk pemeriksaan lanjut.

“Siasatan lanjut kini dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 bagi mengesan ibu kepada bayi berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan pada 14 Jun 2021.

Tambah Mohd Said, polis meminta kerjasama orang ramai yang punyai maklumat berkaitan penemuan itu  tampil dengan menghubungi pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Adi Khusaini Saripudin menerusi talian 012-7778789. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

1
0
0
0
0

Copy Link: