Azlan (kanan) bersama seorang lagi mangsa yang kehilangan rumah berdiri di hadapan rumah baharu yang dibina oleh sukarelawan


HASRAT mangsa banjir di Kampung La, Hulu Besut untuk mendapat rumah kediaman selepas rumah mereka musnah dihanyutkan banjir akhirnya menjadi kenyataan apabila ada pihak yang membantu membina rumah baharu untuk mereka bagi menggantikan rumah yang dihanyutkan air bah. 

Sehingga ini dua daripada enam mangsa yang kehilangan rumah sudah dapat menarik nafas lega untuk tinggal di rumah sendiri apabila pembinaan rumah hampir siap.

Dua buah rumah baharu untuk mangsa banjir terbabit siap dibina dalam tempoh tiga hari oleh 200 sukarelawan Pertubuhan Prihatin Anak Watan Terengganu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan dapat rumah baharu


Sukarelawan bergotong royong membina rumah baharu mangsa banjir di Kampung La, Hulu Besut


Pengerusinya, Asmawi Mukhtar berkata, lebih empat organisasi terlibat dalam pembinaan yang dibuat secara gotong-royong itu.

Katanya rumah berkenaan dibina dengan diberikan tempoh dua hari untuk disiapkan, alhamdulillah pembinaan itu berjaya diselesaikan.

"Kami akan cuba sedaya upaya tanpa sebarang upah untuk meringankan tuan rumah supaya ada tempat perlindungan kekal," katanya.


Tampa mendapat upah sukarelawan  Pertubuhan Prihatin Anak Watan Terengganu bekerja keras bergotong royong menyiapkan rumah mangsa banjir


Beliau berkata, bagi memastikan perancangan pembinaan berjalan mengikut masa ditetapkan, beliau mengagihkan tugas mengikut kepakaran sukarelawan masing-masing.

“Program bina rumah hanyut banjir ini merupakan kali keempat selepas misi yang sama di Pahang dan Hulu Terengganu sebelum ini,” katanya. 

"Terima kasih diucapkan kepada semua yang bekerjasama menyahut hasrat kerajaan negeri Terengganu untuk mebantu bina baharu rumah mangsa banjir," katanya.


Rumah mangsa banjir yang kedua dibina oleh sukarelawan untuk mangsa banjir di Kampung La, Hulu Besut.


Seorang mangsa, Azlan Mat Diah, 59, melahirkan rasa syukur kerana ada pihak yang prihatin untuk membina rumah bagi menggantikan rumah lama yang dihanyutkan air dalam kejadian banjir pada Disember 2022. 

Katanya, walaupun rumahnya belum siap 100 peratus namun, keluarganya sudah boleh tinggal di rumah yang baru siap dibina itu.

“Kami sekeluarga tiada pilihan dan terpaksa tinggal di rumah baharu dalam keadaan yang masih belum siap sepenuhnya kerana tidak ada tempat untuk berteduh,” katanya. - KitaReporters


Azlan Mat Diah

 

10
13
2
12
0

Copy Link: