Keadaan rumah hasnah Ismail di bahagian bumbung yang hilang dan rosak akibat ribut pada petang 15 Oktober 2022.


SEORANG ibu tunggal Hasnah Ismail, 61, hanya mampu menjerit "Allahhu akhbar" ketika bumbung rumahnya diterbangkan ribut pada petang Sabtu, 15 Oktober 2022.

Kejadian berlaku pada jam 5.48 petang di Kampong Lubok Besar, Mukim Jeneri di Sik, Kedah.

HASNAH ISMAIL


Semasa kejadian Hasnah bersama saorang anaknya, Syahidatul Haiza, 29, tidak mampu berbuat apa-apa setelah semua bumbung rumah mereka diterbangkan ribut.
Dalam masa yang sama hujan mencurah ke dalam rumah mereka, katanya.
Menurut Hasnah yang juga seorang ibu tunggal memberitahu, mereka dua beranak hanya asyik melihat bumbung rumah yang sudah tiada dan basah akibat hujan yang lebat.

Hasnah hanya mampu melihat keadaan rumahnya di Kampung Lubok besar, Mukim Jenari, Sik di kedah yang sudah tiada berbumbung akibat diterbangkan ribut dalam kejadian pada 15 Oktober 2022.


Katanya, kejadian berlaku dalam sekelip mata selepas bunyi bumbung bergoncang beberapa kali dan habis diterbangkan ribut di depan mata.
Bagaimanapun beliau bersyukur mereka tidak mengalami sebarang kecederaan ketika baberapa keping bumbung jatuh ke dalam rumah ketika itu.
Berikutan kejadian itu, anaknya Shahidatul Haiza menghubungi keluarga terdekat memaklumkan kejadian itu melalui handfon.

Katanya, beliau terharu selepas hujan reda, keluarga dan jiran mereka datang untuk membantu membersihkan zink dan kayu patah yang jatuh ke dalam dan di luar rumah


Ardenan Dollah (kiri) menyampaikan bantuan kewangan kepada hasnah, mangsa ribut di Kampung Lubok Besar, Mukim Jenali, Sik pada 16 Oktober 2022.


Atas sokongan pihak-pihak yang prihatin, bumbung yang roboh dan hilang digantikan dengan yang baharu semalam, Ahad 16 Oktober 2022 hasil gotong-royong oleh penduduk Kampong Lubok Besar.
Pada petang 16 Oktober 2022, Pengurus Al Tamim World, Ardenan Dollah menghulurkan bantuan kewangan dan barangan keperluan harian untuk keluarga berkenaan.
Ardenan ketika ditemui KitaReporters berkata, pihaknya merasa bertanggungjawab untuk menghulurkan bantuan kewangan pada keluarga berkenaan yang tiba-tiba ditimpa bencana .
Katanya, beliau akan terus membantu mana-mana keluarga yang ditimpa bencana bagi meringankan beban yang mereka tanggung. - KitaReporters


Penduduk Kampung Lubok Besar bergotong royong pada 16 Oktober 2022 bagi membantu memasang kembali bumbung rumah Hasnah yang diterbangkan. Semua hasil sumbangan pihak-pihak yang prihatin dengan keluarga itu.

14
13
0
15
0

Copy Link: