"TANGAN Yang Memberi Lebih Baik Daripada Tangan Yang Menerima.'' Itulah tema kempen Tabung Wakaf Felda Lasah yang dilancarkan baru baru ini. Kempen Tabung Wakaf ini sesuai dengan perintah Allah supaya mewakaf atau bersedekahlah dengan benda atau barang yang paling seorang itu sayang. : KitaReporters



Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Felda:

https://kitareporters.com/search?search=felda


Pengurus Felda Lasah, Wan Fauri Razman Wan Ahmad Khusaari ketika melancarkan kempen itu di Masjid Ar-Rahmaniah Felda Lasah di Sungai Siput Utara, Perak pada 18 Disember 2020 berkata, kempen Tabung Wakaf ini bukanlah wajib kepada peneroka atau warga Felda Lasah.

''Kita melancarkan Tabung Wakaf ini sebagai menyahut seruan Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh yang mewakafkan elaun yang diterimanya daripada Felda kepada Tabung Wakaf Felda,

"Operasi Tabung Wakaf Felda Lasah ini dijalankan dengan kerjasama Pejabat Felda Lasah, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) serta Masjid Felda Lasah.

"Segala kutipan untuk tabung ini akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk),"" katanya.




Kempen Tabung Wakaf Felda Lasah ini telah pun bermula dan akan berakhir pada 10 Ramadan 1442H nanti.

Serentak dengan kempen ini juga turut diselitkan dengan ceramah dan disusuli dengan Khutbah Jumaat yang disampaikan Ustaz Azlan Suhaimi.

Sesiapa sahaja boleh menyumbang untuk tabung ini kerana ia atas kerelaan sendiri dan tidak ada unsur paksanaan.




Walaupun kempen Tabung Wakaf Felda Lasah baru bermula tetapi sambutan yang diberikan oleh masyarakat begitu menggalakkan.

Sebaik sahaja kempen wakaf dilancarkan, lebih RM6,500 sumbangan daripada orang ramai telah dapat dikumpulkan.

"Saya yakin dengan keprihatinan orang ramai tentang pentingnya berwakaf atau bersedekah ini kerana ia sesuatu yang dituntut oleh Allah supaya kita melakukannya kerana bersedekah akan menyuburkan harta dan tidak menjadikan seseorang itu miskin,'' kata Wan Fauri.



Kepada sesiapa yang sudi membuat sumbangan boleh menyalurkannya melalui Akaun JKKR Felda Lasah (Maybank)  008207303912. Anda juga boleh menghubungi Pejabat Felda Lasah 05-5911567 atau Ketua Peneroka Felda Lasah, Khairudin Mohamad. - KitaReporters

3
1
0
0
1

Copy Link: