MARDZI Abu Bakar menerima Anugerah Khas Warga Emas Paling Tua Majlis Perasmian Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia, Hari Orang Kurang Upaya dan Hari Warga Emas Peringkat Kedah baru-baru ini.


MARDZI Abu Bakar kini berusia 110 tahun dan mungkin lebih daripada itu kerana satu kebiasaan bagi orang dulu-dulu terlewat mendaftar kelahiran. 

Namun sesuatu yang menarik pada usia seperti itu warga emas berkenaan bebas daripada sebarang penyakit. Cuma sedikit uzur dan tidak mampu berjalan kerana masalah lututnya. 

Beliau juga baru-baru ini diiktiraf dan dianugerahkan sebagai Warga Emas Tertua di Kedah oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sempena Hari Warga Emas Peringkat Negeri Kedah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan rekod-rekod

MARDZI ABU BAKAR...  Warga Emas Tertua di Kedah 


Ketika ditemui wanita yang mempunyai enam anak dan 30 cucu serta 11 cici tini memberitahu, beliau mengamalkan makanan rebus dan ulam-ulaman malah tidak mengambil makanan segera atau proses.

“Macam orang dulu-dulu suka makan masakan yang rebus sahaja dan air asam serta ulam mentah. Yang berminyak dan bersantan tu kurang.

“Makanan segera tu jarang sekali dan tak diamalkan sangat termasuk untuk anak-anak. Paling penting kita kena pastikan makanan itu halal,” katanya yang masih baik penglihatannya.

Menurut beliau lagi, pemakanan yang halal dan bersih itu juga sangat penting bagi tumbesaran anak-anak.

Perkara itu barangkali ada kebenaran apabila anak-anak beliau kini mempunyai kerjaya yang baik dan bergelar jawatan tinggi walaupun Mardzi dan arwah suaminya, Marzoki Hashim buta huruf.

Selain itu katanya, beliau turut mengamalkan banyak ibadah seperti membaca al-Quran, berzikir dan banyak berdoa untuk kesejahteraan keluarganya.

Berbual dengan warga emas ini juga menyeronokkan terutama apabila beliau masih mengingati pengalaman terpaksa menyembunyikan anak perempuannya dalam sabut kelapa ketika perkampungan mereka dimasuki tentera Jepun.

Mardzi yang berasal dari Kampung Haji Kudong, Sungai Petani berkata, penduduk kampung ketika itu sentiasa berada dalam ketakutan pada era pemerintahan Jepun pada tahun 40-an itu.

“Hidup zaman Jepun sentiasa menakutkan terutama bila mereka masuk kampung kami terpaksa menyembunyikan diri termasuk anak-anak. Anak perempuan, Fatimah (kini, 69) masih kecil lagi terpaksa sembunyi takut tentera Jepun ambil,” katanya.

Warga emas itu ketika ini dijaga oleh anak bongsunya, Mohammad Asri Marzoki, 50. - KitaReporters


MARDZI Abu Bakar di samping anak dan cucunya pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia, Hari Orang Kurang Upaya dan Hari Warga Emas Peringkat Kedah baru-baru ini.

8
17
0
15
0

Copy Link: