Kesan Long COVID-19! Tiga tahun wanita tak buang air kecil! Kini teruskan hidup di atas kerusi roda!

Published by
KitaReporters

Keadaan terkini Abigail Snowfall yang dikesan mengalami Sindrom Fawler yang menyebabkan dia tidak boleh membuang air.


KEHADIRAN COVID-19 bukan sahaja dianggap tetamu tidak diundang tetapi juga memberi kesan kepada ramai penduduk di dunia ini. Begitu juga meragut jutaan nyawa di seluruh dunia angkara kehadirannya.

Kini, meskipun virus itu semakin ‘hilang’ namun kesan yang ditinggalkan masih dirasai.

Antaranya seperti dilaporkan dalam portal Independent.co.uk pada 11 Ogos 2023 lalu yang berkongsi kisah pahit maung seorang wanita muda, Abigail Snowfall dari Northumberland, United Kingdom (UK) yang kini terpaksa bergantung hidup kepada masyarakat sekeliling terutama suaminya, Mark bagi menguruskan kehidupannya.



Malah, dunianya banyak dihabiskan di atas kerusi roda di rumahnya kerana sudah tidak mampu berjalan sepenuhnya seperti dahulu sedangkan dia merupakan soerang wanita aktif.

Menurut Abigail semuanya berlaku selepas dirinya dijangkiti COVID-19 pada Julai 2020 dan berdepan kesan Long COVID atau COVID Berpanjangan menyebabkan kehidupan bertukar 360 darjah.

Wanita itu juga turut dikesan mengalami masalah usus sekali gus menyebabkan dia  tidak lagi menjamah makanan secara normal.

Katanya dia sudah tidak menjamah makanan sejak setahun kerana semuanya melalui tiub khas yang dipasang di bahagian dada. Sejak disahkan mengalami penyakit berkenaan, berat badannya turun dengan mendadak.


Suaminya, Mark banyak menguruskan kehidupan hariannya sejak dikesan mengalami penyakit jarang berlaku.


Wanita berusia 29 tahun itu disahkan mengalami penyakit jarang berlaku iaitu Sindrom Fawler kira-kira dua bulan selepas mengalami long COVID-19.

Menurut pakar, sindrom berkenaan merupakan penyakit jarang berlaku dan hanya menyerang golongan wanita yang berusia 20-an hingga 30-an sehingga menyebabkan tidak mampu membuang air kecil. 

Kongsinya lagi sejak disahkan penyakit berkenaan hospital sudah menjadi rumah keduanya dan pernah ditahan selama 350 hari di hospital dan menjalani 12 kali pembedahan.


Abigail Snowfall menunjukkan saluran makanan khas yang dipasang pada dadamya bagi memasukkan makanan selepas sejak setahun tidak menjamah makanan secara normal.


Kini meskipun tidak pulih sepenuhnya namun Abigail mahu kembali aktif dengan aktiviti yang dilalui sebelum ini termasuklah menyertai aktiviti larian.

"Kini saya menaruh harapan biarpun tidak lagi dapat berlari secara normal tetapi berharap dapat menggunakan kerusi roda dalam aktivti larian," harapnya. - KitaReporters

13
18
0
8
0

Copy Link: