LEBIH 1,000 penduduk Kampung Pengkalan Gelap, Setiu, Terengganu, hidup dalam ketakutan berikutan sepasang beruang matahari dikhuatiri mengancam keselamatan penduduk dengan mengakibatkan beberapa serangan dan gangguan di kampung berkenaan. 

Serangan haiwan liar tersebut dikatakan berlaku sejak tiga hari lalu yang menyasarkan haiwan ternakan serta kawasan pertanian dan terbaharu sarang lebah kelulut.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Kuala Setiu, Rosdi Che Lah berkata, pihaknya bimbang dengan kehadiran beruang tersbut kerana binatang berkenaan menganggu kententeraman hidup penduduk dan menyebabkan mereka takut untuk keluar menjalankan aktiviti harian.


Rosdi Che Lah


Berikutan itu, beliau mengingtkan penduduk kampung supaya berhati-hati dengan kehadiran pasangan beruang liar tersebut kerana ia boleh memberikan ancaman keselamatan. 

"Sejak tiga hari lepas setiap malam berlaku serangan dan gangguan dan saya menaruh rasa bimbang yang amat dengan kehadiran binatang liar ini," katanya.

Beliau berkata, susulan kehadiran beruang tersebut  pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) sudah memasang perangkap bagi menangkap binatang liar itu supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. 

Beliau berharap keadaan  itu segera berakhir dan penduduk kampung kembali bebas daripada sebarang ancaman keselamatan. - KitaReporters


Gambar hiasan.... Beruang matahari

11
16
0
7
1

Copy Link: