SELEPAS tidak dapat menunaikan solat sunat Aidilfitri pada Ramadan lalu, akibat penularan wabak COVID-19 dan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), umat Islam di Negeri Terengganu akan berpeluang menunaikan solat Aidiladha pada hujung bulan ini. : KitaReporters 

Masjid Taman Ilmu di Besut terbesar di Terengganu - Gambar hiasan


Ibadat korban juga turut dibenarkan sempena sambutan Aidiladha akhir bulan ini. - Gambar hiasan


Selain itu, ibadat korban sempena sambutan Aidiladha juga turut dibenarkan kepada umat Islam yang ingin melakukan ibadat berkenaan. 

Ini kerana aktiviti keagamaan itu sudah  mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, selain mendapat persetujuan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). 

Bagaimanapun, kebenaran itu tetap tertakluk kepada arahan pihak berkuasa dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Osman Muda  

Yang Dipertua MAIDAM, Datuk Osman Muda berkata, pada masa yang sama, aktiviti keagamaan seperti ceramah turut diperluaskan di semua masjid dan surau. 

Katanya, keputusan itu dicapai pada mesyuarat kali kedua MAIDAM  pada 28 Jun 2020 yang mengambil keputusan bersetuju memperluaskan kebenaran aktiviti keagamaan di masjid dan surau seluruh  negeri ini.

Selain itu katanya, ia termasuk kuliah dhuha, maghrib dan isyak yang disampaikan oleh pendakwah bertauliah, solat sunat dan solat jenazah, penggunaan beranda dan tandas.

Katanya, pihaknya juga turut membenarkan penggunaan tandas dan ruang wuduk kecuali kolah masih dilarang.

“Jemaah yang hadir diwajibkan mengikuti SOP yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan Media pada 2 Julai 2020.

Kenyataan Media MAIDAM


Menurutnya, bagi mereka yang mahu melakukan ibadat korban, boleh dilakukan di pekarangan masjid, surau, rumah dan kawasan lapang.

Kenyataan Media MAIDAM


Beliau berkata, lokasi lain termasuk, rumah penyembelihan kerajaan dan swasta yang dilesenkan Jabatan Veteriner Terengganu dan mana-mana lokasi yang dibenarkan Jabatan Hal Ehwal AgamaTerengganu (JHEAT).

Kenyataan Media MAIDAM


Osman berkata, mereka yang terlibat perlu mengisi borang kebenaran yang disediakan JHEAT.

“Mana-mana pihak yang gagal mematuhi SOP ibadat korban, mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001 atau undang-undang berkaitan,” katanya. - KitaReporters

Kenyataan Media MAIDAM

 

 

1
1
1
0
1

Copy Link: