Terperosok dalam perigi lama! Enam orang untuk tarik keluar!

Published by
KitaReporters

ENAM anggota pasukan bomba dan penyelamat China terpaksa bergabung tenaga bagi mengangkat seorang lelaki seberat 124 kilogram yang terjatuh di permukaan sebuah perigi lama di belakang rumahnya di Luoyang, wilayah Henan, baru-baru ini. KitaReporters

SEORANG pemuda kelihatan bersahaja sambil berpeluk tubuh ketika pasukan bomba dan penyelamat tiba selepas menerima aduan seorang lelaki terperosok di sebuah perigi lama di belakang rumah mereka di wilayah Henan, China baru-baru ini. - Kredit foto: Real Press.


Lagi cerita-cerita dari China:

https://kitareporters.com/search?search=china


Memetik laporan Daily Star, lelaki berusia 28 tahun yang dikenali Liu terperangkap di permukaan sebuah perigi lama itu ketika membantu orang tuanya membuang sampah dan kayu ke dalam perigi lama yang kering dan tidak lagi digunakan mereka sekeluarga.

Namun malangnya, niat murni membantu orang tua membawa padah kepada dirinya apabila terjatuh dan terperosok ketika membuang sampah ke dalam perigi  itu.

Sabarlah dik...


Keadaan itu menyebabkan badan comelnya terperosok separuh badan ke dalam perigi buruk berkenaan.

Terdahulu, ibu bapanya meminta bantuan orang kampung bagi mengeluarkan anak lelakinya namun tidak berjaya sebelum menghubungi pasukan bomba dan penyelamat.

Malah ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi, pihaknya terpaksa bergabung tenaga sambil dibantu tiga lagi sukarelawan tempatan bagi mengeluarkan lelaki berbadan besar itu dari perigi lama.

Namun Liu kekal bersahaja dan tenang sambil berpeluk tubuh ketika pasukan bomba bertungkus-lumus tiba untuk memberi bantuan kepadanya.

PASUKAN bomba terpaksa bergabung tenaga sambil dibantu tiga sukarelawan yang terpaksa melilit tali besar di bahagian pinggang sebelum menarik keluar.


Wakil bomba berkata, pihaknya terpaksa melilit tali besar di bahagian pinggan lelaki tersebut sebelum menarik keluar daripada permukaan telaga.

Liu bagaimanpun berjaya diselamat selepas hampir sejam pasukan bomba bertungkus-lumus mengangkat keluar daripada perigi itu. Dia hanya mengalami luka kecil kesan melecet daripada ikatan di badannya.

Semoga kejadian berkenaan tidak memberi kesan trauma kepada Liu untuk menolong  orang tuanya membuat kerja-kerja rumah. - Kitareporters

0
3
0
0
0

Copy Link: