Video| Polis wanita berselingkuh dengan rakan sepasukan! Diserbu suami merupakan pegawai polis!

Published by
KitaReporters

Seorsang anggota polis wanita diserbu oleh suaminya sendiri kerana berdua-duaan dengan lelaki lain di sebuah bilik hotel. - Kredit foto: Tribune News


SEORANG anggota polis wanita diserbu suaminya sendiri yang merupakan pegawai polis bersama beberapa teman polisnya di sebuah hotel di Semarang, Jawa Tengah pada Rabu malam, 24 Mac 2021.

Ketika itu, polis wanita berkenaan yang diberi nama ARP sedang berzina dengan teman setugasnya di Pati, Jawa Tengah yang dikenali sebagai MM.

Menurut laporan Tribun Jawa Timur, polis wanita yang berkerudung itu terperanjat apabila pintu dibuka dan mendapati  yang muncul adalah suaminya, Brigadier Muhammad Doni Kalbuadi, yang merupakan anggota balai polis Margoyoso dan beberapa rakannya yang  sebahagian memakai seragam polis.

ARP memperkata sesuatu kepada suaminya sebaik diserbu di dalam bilik hotel.



Menurut Brigadier Doni, dia mengesyaki isterinya berlaku curang sejak dua tahun lalu kerana masing-masing bertugas di daerah berasingan.

Ketua Balai Polis Margoyoso, Sudari mengesahkan serbuan itu dilakukan oleh Brigadier Doni dan anggota polis balainya walaupun hotel itu di luar kawasan pengawasan balai polisnya.


Antara anggota polis terlibat dalam serbuan sebuah bilik hotel.


Tambahnya, Brigadier Doni sudah melaporkan kejadian itu atas dakwaan berselingkuh (berzina) ke balai polis berkaitan.

Kedua-dua anggota polis itu akan dikena tindakan tatatertib dan boleh didakwa.
Video yang dimuat naik IG @ingocegatansukoharjo tular dalam pelbagai media sosial. - KitaReporters

9
6
12
7
3

Copy Link: