WALAUPUN semua dokumen telah dihantar oleh majikan kepada PERKESO, namun pekerja masih tidak menerima sebarang bayaran seperti yang dijanjikan. Inilah nasib yang menimpa pekerja-pekerja Rich Moment Photo Sdn Bhd yang memohon bantuan dari Program Pengekalan Pekerjaan (ERP). : KitaReporters


Sembilan pekerja Rich Moment Photo Sdn Bhd itu kecewa kerana, walaupun memenuhi lima syarat yang ditetapkan menerusi Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) bagi membantu majikan dan pekerja yang terkesan dengan penularan COVID-19, mereka gagal menerima jawapan ataupun bayaran walaupun telah menghantar semua dokumen.

Eksekutif Pemasaran Mohd Azlan Bakhari 30, amat terkesan dan kecewa kerana gagal mendapat sebarang bantuan kewangan segera sebanyak RM600 sebulan kepada pekerja yang diminta bercuti tanpa gaji yang telah dipersetujui oleh majikan dan pekerja yang terkesan ekonomi akibat Covid-19.

"Seharusnya saya dan lapan rakan lain menerima bantuan itu sehingga enam bulan berdasarkan tempoh notis tanpa gaji daripada majikan," ujarnya yang telah berkeluarga dan mempunyai seorang anak.

Eksekutif Pemasaran Mohd Azlan Bakhari


Mohd Azlan dan rakan-rakan masih menunggu kerana telah dimaklumkan semua pekerja sektor swasta termasuk pekerja sambilan yang telah berdaftar dan mencarum dengan SIP layak menerima ERP.

Oleh itu, seharusnya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menjelaskan bantuan kewangan sementara dengan kadar rata sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh maksimum enam bulan kepada pekerja dan majikan yang memenuhi syarat kelayakan.

Antara syarat yang ditetapkan ialah majikan dan pekerja telah memberi cuti sementara tanpa gaji oleh majikan berkuatkuasa mulai 1 Mac 2020 dan berdaftar dan mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO.

Bantuan yang diberikan pula terhad kepada pekerja yang bergaji RM4,000 dan bayaran ERP akan dikreditkan kepada majikan dan majikan bertanggungjawab untuk mengkreditkan terus ke dalam akaun pekerja dalam tempoh tujuh hari selepas menerima bayaran daripada PERKESO.

Tetapi sehingga kini dimaklumkan oleh pihak majikan bahawa PERKESO gagal menjelaskan sebarang bayaran. - KitaReporters

3
0
4
0
0

Copy Link: