Oleh ROSLEE MARDAN


SISWA Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menyertai Akademi MySDG Sustainable Development Goals (SDG) Belia 2022/2023 di International Youth Centre (IYC), Cheras pada 11 Mac hingga 13 Mac 2023.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang menjalankan fungsi Naib Canselor UUM, Prof Dr Shahimi Mohtar berkata, penyertaan siswa UUM Muhammad Saniy Samsudin bersama-sama belia-belia yang aktif sebagai pemimpin dan berpotensi menjadi Ejen SDG belia ini diharap dapat merealisasikan hasrat pihak penganjur.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan aktiviti kampus UUM


Prof Dr Shahimi Mohtar


Katanya, Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia - Matlamat Pembangunan Lestari (APPGM-SDG) yang dilaksanakan ini pastinya dapat membantu untuk melaksanakan analisa isu, penyelesaian, penyelidikan secara akar umbi, perkongsian pelbagai pihak berkepentingan, termasuk meningkatkan kesedaran dan pembangunan kapasiti di peringkat tempatan dan kawasan pilihan raya Parlimen Malaysia nanti.

“Penyertaan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Kewangan dan mantan Presiden Jawatankuasa kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) Inapan Siswa MAS/TNB Muhammad Saniy bersama ahli-ahli Parlimen, ahli akademik, rakan penyelesaian isu dan aktivis masyarakat sivil ini merupakan pengiktirafan kepada produk Universiti Pegurusan Terkemuka ini,” sambung beliau lagi.


Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed


Dalam pada itu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed ketika ditemui berkata, penyertaan siswa universiti ini merupakan peluang terbaik untuk berkongsi idea dan mengenal pasti beberapa isu pada peringkat tempatan dan memberi kesan terhadap ekonomi serta alam sekitar demi kesejahteraan emosi terhadap komuniti yang berbeza nanti. 

“Saya juga difahamkan sebanyak 84 kawasan Parlimen APPGM-SDG 2023 dari 13 negeri disenaraikan mempunyai 10 teras utama yang akan menempatkan SDG dan bekerjasama dalam mempamerkan kerjasama dwipartisan dalam kalangan ahli Parlimen nanti,” ujar beliau lagi.
Moga dengan kerjasama ini pastinya akan menyediakan jalan penyelesaian tempatan dan dapat menjaga kepentingan peringkat daerah serta memperkukuh aspek hak asasi manusia dan keadilan SDG.



Sementara itu Muhammad Saniy berkata, penyertaannya dalam APPGM-SDG 2023 ini dapat mendekatkan dirinya untuk mengenal pasti keperluan dan isu tempatan berdasarkan SDG nanti.

“Saya bangga sebagai pelajar UUM terpilih untuk menyertai program ini dan akan menggunakan apa yang dipelajari sepanjang pengajian di kampus ini untuk membantu masyarakat dan negara amnya,” sambungnya lagi.
Pembentang Kertas Kerja Terbaik bertajuk Krisis Ekonomi Global: Kesan Wabak COVID-19 pada Persidangan Dalam Talian di Asia World Model United Nations Virtual Conference MMXXI ini akan berusaha sebaiknya untuk menggunakan pendekatan bottoms-up dan partisipatif dalam memetakan isu dan menganalisis situasi di lapangan.
Penyertaan melibatkan perbincangan berfokuskan kumpulan dengan komuniti di peringkat akar umbi, pemimpin masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan tempatan, penjawat awam di peringkat daerah, ahli parlimen dan pegawai dan agensi kerajaan ini pastinya dapat merealisasikan hasrat penganjur nanti. - KitaReporters/UUM

15
12
0
8
0

Copy Link: