Syabas M Krishnan, R Ramesh! Usia bukan penghalang! 2 warga emas teruja duduki peperiksaan di UniSZA!

Published by
KitaReporters


USIA bukan penghalang untuk menimba ilmu, sebaliknya status sebagai warga emas boleh menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain untuk merebut peluang pembelajaran hingga ke peringkat universiti. 

Dua pelajar warga emas Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), M. Krishnan ,77, dan R. Ramesh, 56, begitu teruja dan lega selepas menduduki peperiksaan akhir semester, yang diadakan di universiti d tersebut pada Jumaat, 3 Februari 2023.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan masa peperiksaan

R Ramesh begitu tekun ketika menjawab soalaan dalam peperiksaan di UniSZA, Kuala Terengganu


Ramesh ketika ditemui berkata, meskipun sedikit tekanan kerana sudah lama tidak menduduki peperiksaan, namun dia tetap tenang dan menjawab dengan sebaiknya.

“Kali terakhir saya duduki peperiksaan adalah 37 tahun yang lalu, pada 1986 untuk STPM dan hari ini saya kembali ke dewan untuk peperiksaan pertama saya untuk Ijazah pula” katanya.

Beliau sudah lama tidak belajar, maka memang ada masalah untuk menyesuaikan diri pada permulaan tapi dengan adanya pensyarah dan rakan sekelas, mereka banyak memberi sokongan dan kerjasama yang padu.

Ramesh yang juga bapa kepada tiga anak gembira dalam usia yang dimilikinya sekarang tetapi masih mampu bersaing dengan pelajar generasi muda bagi menimba ilmu.


M Krishan ketika menduduki peperiksaan bagi subjek Penghantar Teknologi Maklumat di Dewan Gemilang, UniSZA, Kuala Terengganu 


Sementara itu, Krishan yang juga sahabat baik Ramesh, berkata pembahagian masa agak sukar untuk kerja dan keluarga tetapi dia tetapa berusaha untuk mencapai kejayaan dan memenuhi impian menjadi seorang peguam.

“Saya bahagikan masa dengan baik untuk keluarga, kerja dan kelas dan untuk peperiksaan akhir ini saya akan membuat yang terbaik untuk lulus dengan cemerlang”, katanya ketika ditemui.

Kedua-dua mereka ditemui selepas selesai menduduki peperiksaan Ssubjek Pengantar Teknologi Maklumat, di Dewan Gemilang, Kampus Gong Badak, Kuala Terengganu.

Ramesh dan Krishan telah mendaftar sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di UniSZA selama empat tahun tempoh pengajian pada Oktober tahun 2022. - KitaReporters


Pelajar UniSZA sedang menduduki peperiksaan akhir semester di UniSZA Kuala Terengganu pada Jumaat, 3 Februari 2023.

 

12
10
1
8
1

Copy Link: